Assalamualaikum.
Perjalanan jarak jauh ini mengambil masa kira-kira 22 jam sejauh 1550 km. Kami sangat teruja melakukan perjalanan ini apabila diberitahu oleh rakan-rakan Kedutaan Malaysia Jordan semasa mereka melakukan ibadah umrah pada November lepas mengikuti jalan darat.
Harga tiket bas ekspres dari Amman ke Madinah adalah JOD25 (RM150) seorang berbanding menaiki pesawat Saudia atau Royal Jordanian yang beharga sekitar JOD150 (RM900). Agak lama juga untuk mencari pengangkutan awam darat memandangkan kebanyakkannya menyediakan bas charter untuk perjalanan umrah atau haji sahaja. Kami bersyukur kerana Abdullah anak Ustaz Syukri, pelajar WISE yang membantu mendapatkan tikit bas ekspress ini. Syarikat yang mengendalikan urusan tikit di Jordan adalah Al-Sanam Travel and Tours (Toledo Hotel, Abdali, Amman. Tel No +962-777815555) manakala syarikat bas ekspress dimiliki oleh Alarabiya Transport di Jeddah (+966500950233).
Laluan bas ini adalah dari Amman – Zarqa – Al-Omari Border Crossing, Jordan- Al-Hadithah Border Station, Arab Saudi – Al-Qalibah – Madinah.
Saya akan sambung pengalaman ni bermula dari persiapan di Jordan hinggalah sampai ke Madinah, Inn Shaa Allah pada posting yang akan datang.
Nombor kami terdapat di menu Hubungi Kami