Selamat Datang ke Rumah Wakaf Madinah 4.0
Lokasi kami kini di selatan Masjid Nabi kurang 1.9 km dari Pintu 310 dan Pintu 309. Kerja-kerja perpindahan telah bermula dari 24hb Disember 2025 sehingga 1 Januari 2026. Jutaan terima Kasih kepada tetamu-tetamu muslimin yang menginap membantu perpindahan keseluruhan peralatan dan perabut rumah wakaf ke lokasi baru. Kompleks Rumah Wakaf Madinah 1.0 ditutup secara rasminya pada 25hb Disember 2025 setelah berkhidmat hampir dua tahun.
Kami sedang giat mengumpul dana untuk kerja-kerja perpindahan dan ubahsuai. Sumbangan ikhlas dan ehsan dari tuan puan amat-amat diperlukan. Keperluan perpindahan dan kos ubahsuai adalah dianggarkan RM10,000. Bagi yang telah menderma, syukran kabiran kathiran!
Sila klik dibawah ini untuk menyalurkan sumbangan di laman toyyibpay kami.
Inn Shaa Allah, rumah wakaf mula beroperasi semula pada 1 Feb 2026 bagi memberi peluang mudir bersama tim Madinah menyediakan semula kemudahan asas di sana.
Bagi yang telah menempah katil-katil Bilik Muslimin atau Bilik Muslimat di KRWM1.0 sebelum ini, sila wasap kepada Admin RWM di talian 0143200840 untuk admin menyemak status tempahan dengan mudir. Hanya yang telah mendapat pengesahan dari mudir sahaja yang boleh menginap di RWM4.0
WALK-IN TIDAK LAGI DIBENARKAN.
Sila berkomunikasi terus dengan mudir Hj Syam di talian 01158900410 untuk sebarang pertanyaan mengenai tempahan di RWM4.0 Banyak bersabar bila berurusan dengan beliau. Mungkin balasan wasap dari beliau mengambil masa satu atau dua hari menunggu.
Waktu komunikasi adalah dari jam 5.00 pagi hingga 1.00 petang waktu Malaysia sahaja. Waktu lain, mudir tidak akan membalas sebarang soalan atau tempahan sehingga hari esoknya. Jumaat dan Sabtu adalah hari cuti mudir.
Rumah Wakaf yang baru ini dikenali sebagai Rumah Wakaf Madinah 4.0

Laluan pejalan kaki dari Pintu 310 dan Pintu 309 ke RWM4.0
Saudara Luqman Hakim sempat merakam perjalanan beliau dari Pintu 310 Masjid Nabi ke RWM4.0 selepas waktu Syuruk. Jutaan terima kasih pada beliau memudahkan tetamu ke sini. Tetamu boleh juga menaiki buggy dari masjid nabi hingga ke Al Hayy Mughaysilah (tempat riadah pelancong) dan kemudian berjalan kaki sejauh 500m ke rumah wakaf sebagai salah satu pilihan.
Lokasi Rumah Wakaf Madinah 4.0 di Al Mughaysilah.
Mudir Hj Syam menerangkan serba sedikit mengenai jarak dan bentuk mukabumi yang tidak mendatar pada 500 m terakhir dari Haram ke RWM 4.0. Rumah ini sedikit berada di atas bukit menjadikan ianya tidak begitu sesuai untuk jemaah berusia atau warga emas menginap disini. Ketiadaan kemudahan lif agak menyukarkan juga buat mereka.
- Bagaimana nak menempah, https://diyziarah.site/penginapan-percuma
- Katil percuma, hanya sumbang RM5-RM15/katil/hari untuk api dan air bagi yang layak.
- Lokasi di Al Judbur dalam daerah Al-Mughaysilah, selatan Masjid Nabi. Berjalan 30-40 min (pengalaman tetamu RWM). Naik teksi sapu SR10-SR20/trip. Uber SR15/trip kecuali waktu puncak sehingga SR30/trip
- Kalau mampu nak bayar SR100++/mlm, layarilah https://diyziarah.site/penginapan-bajet

Kemudahan Penginapan di Mekah
Homestay Al Rauha & Homestay Zam-Zam yang terletak di Jumaizah Mekah menyediakan penginapan murah sekitar SR35 seorang. Sila hubungi Hjh Rosmah +601113191372 dan Hj Zamri +60133837350 untuk menginap di sana.





























