Terma

Sila baca, fahami dan bersetuju dengan syarat-syarat di bawah.

  1. Kompleks Rumah Wakaf ini disediakan untuk asnaf, yang dalam kecemasan, ahli-ahli PKDZS dan bukan bersifat rumah penginapan komersial.
  2. Setiap pengunjung dibenarkan menempah maksimum 14 hari sahaja. Berilah peluang kepada pengunjung yang lain menempah bilik tersebut. Walau bagaimana pun pengunjung yang melebihi 14 hari menginap dibenarkan duduk sekiranya tiada tempahan baru di buat oleh pengunjung lain.
  3. Pengunjung Kompleks Rumah Wakaf diminta menjaga adab dan tatasusila sebagai tetamu Allah.
  4. Sentiasa menjaga kebersihan bilik, tempat umum seperti dapur, ruang tamu dan bilik air.
  5. Daftar masuk atau keluar adalah selepas Subuh hingga masuk waktu Zohor. Selepas waktu tersebut, mudir tidak dapat membantu kerana terikat dengan kerja-kerja peribadi. Sila lihat video di halaman utama website bagaimana untuk daftar masuk RWM.
  6. Sila isi maklumat pelawat pada Buku Pelawat yang disediakan di rumah wakaf.
  7. Sebelum daftar keluar, pastikan bilik sentiasa kemas dan bersih dan sampah sarap terutamanya sampah makanan dibuang keluar dari bangunan. Kasut dan selipar hendaklah sentiasa diletakkan di dalam apartmen di rak kasut yang disediakan.
  8. Khidmat mudir rumah wakaf bukan 24 jam. Oleh itu beri kerjasama sepenuhnya kepada mudir yang bertugas.
  9. Bilik-bilik adalah percuma. Pengunjung hanya dikehendaki menyumbang kepada caj air & elektrik SAR5/katil/hari dan pencucian cadar dan sarung bantal SAR20 /tilam setiap kali perlu dicuci.
  10. Sumbangan bagi bilik keluarga pula adalah SAR20/bilik/hari.
  11. Sistem air panas juga disediakan untuk kegunaan pada musim sejuk. Air mengambil masa hanya 30 minit untuk dipanaskan. Jangan hidupkan sistem air panas berterusan sepanjang hari. Ini akan menyumbang kenaikan kos letrik.
  12. Pengunjung dibenarkan memasak di Kompleks Rumah Wakaf. Bahan mentah makanan disimpan di peti sejuk Dapur Utama apartmen mudir.
  13. Sentiasa menjaga kebersihan dapur untuk kegunaan pengunjung lain terutama selepas memasak dan makan. Sila basuh semua peralatan memasak, pinggan mangkuk, cawan dll selepas digunakan, Sekiranya sabun atau span habis, sila beli sendiri dan maklum kepada mudir yang menjaga.
  14. Hormati dan sentiasa mengukir senyuman kepada pengunjung yang lain. Senyuman adalah ibadah. Keharmonian menginap di Kompleks Rumah Wakaf hendaklah sentiasa diutamakan.
  15. Sentiasa memaafkan kekhilafan dan kesilapan orang lain. Sifat memaaf adalah salah satu sifat Rasulullah yang terpuji.
  16. Rajin bersedekah tenaga dan membantu sesama pengunjung.
  17. Sekiranya diminta untuk membantu mudir atau pengunjung yang lain, maka bantulah mereka. Semoga Allah mengampuni, merahmati dan memberi ganjaran yang tinggi kepada kita semua.