https://maps.app.goo.gl/ypETMYG4uVhQrwKa7
Bermula bulan Zulkaedah ini, sistem tempahan online akan ditamatkan operasinya. Selama setahun pihak pengurusan melakukan pemerhatian trend kehadiran tetamu di Rumah Wakaf Madinah. Hasil dari pemantauan tersebut, trend penginapan tidak melebihi 80% sepanjang tahun, kecuali pada bulan Ramadhan dan bulan Haji yang melebihi 100%.
Rumah Wakaf ini disediakan bagi kemudahan asnaf* (sila scroll di bawah sekali untuk mengetahui definisi asnaf) , mereka yang dalam kecemasan, ahli-ahli RWM dan orang ramai yang mengunjungi Masjid Nabi. Penginapan di rumah wakaf adalah percuma untuk asnaf dalam kategori: 1,2,5 dan 6.
Bagi asnaf dalam kategori 3,4,7 dan 8, mereka yang dalam kecemasan serta ahli, mereka perlu menyumbang SR5/katil/hari untuk api dan air, manakala yang bukan di dalam kategori ini, sumbangan SR15/katil/hari dikenakan pada yang menginap. Sila baca terma kami sebelum menempah dengan mudir katil-katil percuma ini.
Semua urusan pendaftaran secara online akan diberi pada hari daftar masuk. Komunikasi dengan Mudir Hj Syam hanya melalui aplikasi What’s Apps sahaja. Ini bertujuan bagi merekod nombor talian bagi urusan selanjutnya. Sila nyatakan tempahan untuk Bilik Muslimin atau Bilik Muslimat, jumlah katil yang diperlukan serta tarikh masuk dan selama berapa hari menginap.
Nombor what’s app beliau adalah +601158900410.
Gambar-gambar dibawah merupakan Apartmen Ayser (untuk muslimin) dan Apartmen Qariha (untuk muslimat) di KRWM. Salur juga apa-apa sumbangan ke akaun Toyyibpay RWM.






Maksimum menginap adalah 14 malam sahaja. Sumbangan SR15/katil/mlm akan dikenakan bagi yang menginap melebihi had maksimum. Terdapat dua apartmen dua bilik yang boleh digunakan oleh golongan muslimin dan muslimat menginap.
Buat masa ini, hanya katil, tilam dan bantal sahaja yang disediakan. Tetamu perlu membawa tuala mandi masing-masing. Dana sumbangan amat dialu-alukan untuk menambah kemudahan bilik-bilik tersebut. Sila klik MENYUMBANG.
Setelah mendapat pengesahan tempahan, deposit atau sumbangan api air hendaklah dijelaskan sebelum mendaftar masuk rumah wakaf dengan mengkreditkan ke akaun dibawah ini. Hantar slip sumbangan kepada Tuan Hj Syamsudin.
Al Rajhi Bank 1010 0710 1905 987

Semoga kehadiran tuan puan di bumi Madinah ini mendapat keberkatan dari Allah SWT dan dijauhi dari sebarang kesulitan. Ameen.
Definasi Asnaf
Golongan asnaf terdiri daripada 8 kategori utama seperti yang disebut dalam Al-Quran (Surah At-Taubah, ayat 60). Berikut adalah kategori-kategorinya:
- Fakir – Orang yang tidak mempunyai harta atau pendapatan yang mencukupi untuk keperluan asas hidup.
- Miskin – Orang yang mempunyai pendapatan tetapi masih tidak mencukupi untuk keperluan asas.
- Amil – Orang yang diberi tugas untuk menguruskan zakat, termasuk mengutip dan mengagihkannya.
- Muallaf – Orang yang baru memeluk Islam atau sedang dipujuk hati untuk mendekati Islam.
- Hamba (Riqab) – Orang yang berusaha untuk membebaskan diri daripada belenggu perhambaan (tidak relevan dalam konteks moden di sesetengah tempat, tetapi boleh melibatkan situasi lain seperti membebaskan diri daripada hutang yang menyeksa).
- Orang yang Berhutang (Gharim) – Mereka yang berhutang untuk keperluan asas dan tidak mampu membayarnya.
- Fi Sabilillah – Golongan yang berjuang di jalan Allah, termasuk pelbagai usaha ke arah kebaikan, pendidikan agama, dan pembangunan umat Islam.
- Ibnu Sabil – Musafir yang kehabisan bekalan atau orang yang terkandas dalam perjalanan jauh untuk tujuan baik.