Semua urusan tempahan online hendaklah menghantar slip tempahan dengan menghubungi Mudir Hj Syam melalui aplikasi What’s Apps sahaja. No what’s app beliau adalah +601158900410..
Bilik-bilik berhawa dingin ini disediakan untuk 13 tetamu lelaki. Bilik Arish ada 4 katil 2 tingkat manakala Bilik Adha pula ada 2 katil 2 tingkat dan 1 katil single. Disediakan juga tilam, bantal dan selimut sehingga dana dapat dikumpul untuk membeli peralatan yang lain.
![](https://diyziarah.site/wp-content/uploads/2024/05/Bilik-Muslimin06-1.jpeg)
![](https://diyziarah.site/wp-content/uploads/2024/05/Bilik-Muslimin05-2.jpeg)
![](https://diyziarah.site/wp-content/uploads/2024/05/Bilik-Muslimin01.jpeg)
![](https://diyziarah.site/wp-content/uploads/2024/05/Bilik-Muslimin02.jpeg)
![](https://diyziarah.site/wp-content/uploads/2024/05/Pantry-Muslimin01.jpg)
Kami sedang berusaha kemudahan-kemudahan lain seperti peti ais, ketuhar gelombang mikro dan air fryer serta keperluan-keperluan lain. Sila bantu RWM dengan menderma dan kongsi link ini dilaman sesawang tuan-tuan.
Maksimum 14 malam sahaja dibenarkan untuk menginap. Caj SR15/malam/katil bagi yang menginap melebihi 14 malam. Bilik ini adalah percuma untuk yang layak. Kriteria kelayakan adalah seperti yang tertera di bawah mengikut tiga kategori.
Kategori Tetamu-tetamu KRWM1.0
- Kategori I : Golongan asnaf kecuali amil, mualaf yang kaya, riqab, gharimin. Musafir yang terkandas perjalanan (flight delay dll) dan tak mampu nak sewa hotel dibenarkan duduk di rumah wakaf.
- Kategori II: Pelajar Malaysia dari semua negara dan sanggup berkhidmat apabila diminta. Bukan pelajar yang bekerja dan berpendapatan melebihi SAR1600
- Kategori III: Ahli-Ahli PKDZS dan sanggup berkhidmat apabila diperlukan.
- Bagi yang tidak layak, caj perkhidmatan sebanyak SR15/katil/malam dikenakan kepada tetamu-tetamu KRWM.
Lokasi
![](https://diyziarah.site/wp-content/uploads/2023/10/KRWM01-1024x576.jpg)
Terma-Terma dan Syarat-Syarat Penginapan
- Apartmen Wakaf ini eksklusif untuk golongan asnaf dan ahli sahaja dan bukan bersifat rumah penginapan komersial.
- Setiap pengunjung dibenarkan menempah maksimum 14 hari sahaja. Berilah peluang kepada pengunjung yang lain menempah bilik tersebut. Walau bagaimana pun pengunjung yang melebihi 14 hari menginap dibenarkan duduk sekiranya tiada tempahan baru di buat oleh pengunjung lain.
- Pengunjung Apartmen Wakaf diminta menjaga adab dan tatasusila sebagai tetamu Allah.
- Sentiasa menjaga kebersihan bilik, tempat umum seperti dapur, ruang tamu dan bilik air. Bagaimana keadaan bilik sebelum masuk begitu jugalah keadaan bilik selepas keluar.
- Daftar masuk dan keluar adalah hanya selepas Subuh hingga masuk waktu Zohor, Selepas waktu tersebut, mudir tiada di rumah wakaf. Sila isi maklumat pelawat pada Buku Pelawat yang disediakan.
- Sebelum daftar keluar, pastikan bilik kemas serta bersih dan sampah terutamanya sampah makanan dibuang keluar. Wang deposit tidak dikembalikan sekiranya mudir tidak berpuas hati dengan keadaan bilik yang tidak bersih.
- Khidmat mudir rumah wakaf adalah terhad. Oleh itu beri kerjasama sepenuhnya kepada mudir yang bertugas.
- Bilik-bilik adalah percuma. Pengunjung hanya dikehendaki menyumbang kepada caj perkhidmatan, api dan air sebanyak SR5/katil/malam. Manakala kos pencucian selimut, cadar dan sarung bantal adalah sebanyak SR20 sahaja.
- Pengunjung dibenarkan memasak di Apartmen Wakaf. Kelengkapan asas memasak disediakan. Remah ratus dan lain-lain bahan memasak boleh digunakan. Sekiranya habis boleh beli di mini market berdekatan. Sentiasa menjaga kebersihan dapur untuk kegunaan pengunjung lain selepas memasak dan makan. Sila basuh semua peralatan memasak, pinggan mangkuk, cawan dll selepas digunakan, Sekiranya sabun atau span habis, sila beli sendiri atau maklum kepada mudir yang menjaga.
- Hormati dan sentiasa mengukir senyuman kepada pengunjung yang lain. Senyuman adalah ibadah. Keharmonian menginap di Apartmen Wakaf hendaklah sentiasa diutamakan.
- Sentiasa memaafkan kekhilafan dan kesilapan orang lain. Sifat memaaf adalah salah satu sifat Rasulullah yang terpuji.
- Rajin bersedekah dan membantu sesama pengunjung yang lain. Wujudnya Apartmen Wakaf ini juga adalah hasil sumbangan ahli-ahli pertubuhan untuk kemudahan pengunjung semua.
- Sekiranya diminta untuk membantu mudir atau pengunjung yang lain, maka bantulah mereka. Semoga Allah mengampuni, merahmati dan memberi ganjaran yang tinggi kepada kita semua.
- Sila komen dan upload gambar-gambar tuan puan di www.fb.com/diyziarah sebagai sokongan tuan puan kepada apartmen wakaf ini. Kami mengalu-alukan sebarang cadangan dan penambahbaikan.
Mohon para penziarah memuat tempahan melalui sistem tempahan di bawah bagi mengelak pertindihan tempahan. Kotak warna kelabu – Ada kekosongan. Warna Merah dan Pink – Tiada kekosongan.
Kaedah Menempah
Tempahan adalah mengikut katil dan bukan bilik. Jangan ambil mudah dengan pilih 2 atau 3 adult. Sistem tidak akan meneruskan proses pendaftaran.
![](https://diyziarah.site/wp-content/uploads/2024/09/daftar-yg-salah-473x1024.jpeg)
Jangan hantar screen shot maklumat separa lengkap seperti di atas.
Maklumat lengkap seperti nama, email, phone dan alamat termasuk tarikh masuk dan tarikh keluar yang tertera dalam sistem baru dikira lengkap permohonan. Contoh permohonan lengkap adalah seperti di bawah ini:
![](https://diyziarah.site/wp-content/uploads/2024/06/Daftar-bilik-5-katil-01-1-461x1024.jpeg)
![](https://diyziarah.site/wp-content/uploads/2024/06/Daftar-bilik-5-katil-02-1-461x1024.jpeg)
Sekiranya yang memohon seramai 3 orang, setiap individu perlu mendaftar tarikh masuk, tarikh keluar dan pilih 1 adult. Sistem akan reject kalau pilih 3 adult seperti yang selalu dilakukan oleh penempah.
Member No (No Keahlian)
Sila masukkan nombor keahlian dalam ruang yang disediakan. Bagi golongan asnaf yang berdaftar dengan Majlis Agama Islam negeri-negeri, sila masukkan no kad anda. Bagi yang belum menjadi ahli, sila bedaftar dulu sebagai ahli. Bagi yang belum menjadi ahli, masukkan nombor 000 di ruang Member No. Caj sebanyak SR20/katil/malam akan dikenakan bagi setiap hari bermalam bagi yang bukan ahli. Jadilah ahli kami untuk mendapatkan penginapan percuma.
Apabila semakan pendaftaran telah diluluskan dan maklumat penempah ada dalam database sistem, pihak kami akan memaklumkan melalui pesanan wasap.
BILIK MUSLIMIN
ID | Booking Date | Calendar | Status |
---|
Selepas membuat tempahan, sila screenshot maklumat tempahan dan wasap kepada kami untuk pengesahan dengan kadar segera.
Sekiranya tiada kalender menempah, sila wasap kepada admin untuk refresh page ini. Kadang kala sistem glitch yang memerlukan admin refresh semula halaman ini.
Sila buat bayaran deposit RM20 atau memilih untuk bayaran penuh sumbangan SR5/katil/mlm ke akaun
CIMB
PERTUBUHAN KEBAJIKAN DARUL ZIARAH
NO: 8604294623 Ref: KRWM BMn.
![QR RWM CIMB](https://diyziarah.site/wp-content/uploads/2024/03/Rumah-Wakaf-CIMB-727x1024.png)
Slip deposit hendaklah dihantar kepada Hj Syam sebagai bukti bayaran tempahan.
Sukarelawan PKDZS
Bagi ahli-ahli pertubuhan dan orang perseorangan yang berminat untuk membantu pertubuhan mendapatkan penyumbang juga dialu-alukan dengan menghubungi melalui aplikasi Whats App ke +60 11-58574571 (Setiausaha – Tuan Haji A Kadir Hj Ismail).
Sokongan berterusan tuan puan sangat-sangat dihargai dan semoga Allah mengurniakan syurga buat tuan puan sekalian.
Student Jordan
Asm
Ibrahim masih di Jordan? Boleh wasap pakcik. Pak Cik nak tanya mengenai jalan darat dari Madinah ke Amman
Student Jordan