Ziarah

Ziarah merupakan aktiviti yang lazim dilakukan oleh para tetamu rumah wakaf. Kita boleh lakukan ziarah sekitar Masjid Nabawi, sekitar Madinah atau ke Perkuburan Shuhada Badr

Sekitar Madinah

Hotel Lulut Al Saeed ada menyediakan lawatan bas ke sekitar Madinah dengan harga SAR10 seorang. Waktu lawatan adalah pada pukul 07:00 pagi.

Tempat-tempat melawat adalah seperti berikut:-

  1. Masjid Quba
  2. Masjid Kiblatain
  3. Tapak Perang Khandak
  4. Tapak Perang Uhud
  5. Bir Ghar dan Bir Izziq (Ethiq)

Kos sewaan teksi pula untuk melawat sekitar Madinah adalah SAR100. Sila hubungi Sdr Arif +966 57 592 9626

Perkuburan Shuhada Badr

Bagi lawatan ke Perkuburan Shuhada Badr yang terletak lebih kurang 125 km ke Barat Daya Madinah, lawatan dengan bas dari Masjid Bilal hanyalah SAR30 seorang manakala kos sebanyak SAR200 – SAR300 bagi sebuah teksi atau kereta sewa. Hubungilah sendiri dengan Sdr Amir atau Sdr Muhammad +966 53 089 5977 bagi mendapatkan perkhidmatan teksi ke Badr.

Minta dengan mereka untuk berhenti di Bir Ar-Rawha dan Bir-e-Shifa. Kedua-dua telaga ini pernah dilawati oleh Rasulullah dan 70 orang para nabi di masa dahulu. Bir Shifa telah di tawar oleh Rasulullah sendiri dari sebuah perigi yang beracun kepada perigi yang menyembuhkan pelbagai penyakit.

Sila hubungi Ustaz Akmal Fikri +966 53 1259 935 bagi mendapatkan khidmat mutawwif di bawah.

Perpustakaan Masjid Nabawi (Lelaki)

Perpustakaan khas untuk muslimin ini terletak di tingkat atas masjid, dengan memasuki Bangunan Annex Eskalator Pintu 10 Masjid Nabawi. Ianya dibuka sepanjang masa 24 jam dan ditutup hanya pada waktu solat setiap waktu selama 20 minit.

Hampir 90% buku-buku rujukan adalah didalam Bahasa Arab manakala selebihnya dari empat bahasa utama dunia, Inggeris, Urdu, Melayu dan Perancis.

Perkuburan Baqi

Melalui Pintu 37 timur Masjid Nabawi terdapat satu perkuburan besar dinamakan Jannatul Baqi. Di perkuburan ini semua penduduk Madinah sejak zaman Rasulullah yang wafat dikebumikan disini. Ini termasuk juga jemaah umrah dan haji yang dipilih oleh Allah SWT untuk disemadikan di sini.

Walaupun tiada tanda nama pada nisan kubur-kubur ini, data mengenai para sahabat yang disemadikan di setiap zon disimpan oleh pengurusan masjid untuk rujukan sejarah. Terdapat koleksi gambar-gambar makam ini sebelum 1908 dimana tanda nama dan binaan bangunan dibina di atas perkuburan ini.

Waktu lawatan hanya selepas Subuh dan berlangsung kira-kira 4 jam sahaja. Hanya kaum muslimin sahaja yang dibenarkan memasuki perkarangan perkuburan ini.