Tempahan Bilik-Bilik

Sistem tempahan online bagi kemudahan asnaf, ahli-ahli RWM dan orang ramai menempah di Kompleks Rumah Wakaf, Hotel Bajet Lulut Al-Saeed dan Hotel Bajet Sahra Al-Madan kini boleh digunakan. Walaupun matawang yang tertera dalam sistem adalah AED(Arab Emirates Dirham), kadar tukaran matawang AED dan SAR adalah sama.

Suka admin maklumkan bahawa bangunan hotel-hotel bajet ini adalah bangunan lama yang berusia melebihi 50 tahun. Hotel Lulut Al Saeed terutamanya adalah bangunan wakaf yang agak lama usianya. Ada kalanya bau yang kurang senang terbit dari bilik-bilik air tersebut. Admin mohon maaf awal-awal kepada para ahli dan pengunjung sekelian. Tetamu-tetamu Malaysia memiliki standard kebersihan yang tinggi berbanding para pengunjung dari Bangladesh, Pakistan dan India. Kebanyakan tetamu-tetamu yang menginap di Hotel Lulut Al Saeed adalah dari negara-negara tersebut.

Kompleks Rumah Wakaf Madinah (KWMM)

Semua urusan tempahan online hendaklah menghantar slip tempahan dengan menghubungi Mudir Hj Syam melalui aplikasi What’s Apps sahaja. No what’s app beliau adalah +601158900410.

Gambar-gambar dibawah merupakan keadaan sebenar bilik-bilik apartmen di KRWM. Kami sedang mengumpul dana bagi melengkapkan perabut dan peralatan dapur bagi tujuan ini. Menyumbanglah demi keselesaan akan datang. Salurlah terus ke akaun Toyyibpay RWM.

Bilik-bilik di kompleks ini adalah percuma untuk yang layak. Maksimum menginap adalah 14 malam sahaja. Caj SR80/bilik akan dikenakan bagi yang menginap melebihi had maksimum. Kompleks ini menyediakan bilik penginapan khas untuk ahli-ahli dan golongan asnaf menempah apabila siap nanti. Terdapat dua apartmen dua bilik yang boleh digunakan oleh golongan muslimin dan muslimat menginap. Hanya caj perkhidmatan, kegunaan letrik, air dan internet sahaja dikenakan kepada ahli-ahli iaitu SR5/orang/katil bagi muslimin dan muslimat manakala keluarga dikenakan caj SR15-20/bilik, manakala golongan asnaf tiada dikenakan caj kecuali jika mereka mahu menyumbang. Tetamu berkeluarga pula boleh menempah mana-mana apartmen muslimin atau muslimat.

Buat masa ini, hanya karpet, katil, tilam dan bantal sahaja yang ada. Dana sumbangan masih diperlukan untuk menyiapkan bilik-bilik tersebut. Sila klik MENYUMBANG.

Apartmen Ayser Muslimin

Apartmen Qariha Muslimat

Bilik Qaisara Keluarga

Sekiranya link tempahan bilik teputus, sila wasap kepada admin untuk refresh page ini. Kadang kala sistem glitch yang memerlukan admin refresh semula halaman ini.

Hotel Lulut Al Saeed

Hotel bajet ini mengandungi 37 bilik, 2 bilik untuk 3-katil, 9 bilik untuk 4-katil, 3 bilik untuk 5-katil, 14 bilik untuk 6-katil, 7 bilik untuk 7-katil, 2 bilik untuk 8-katil, dan 2 bilik untuk 9-katil. Seramai 224 jemaah umrah dan jemaah haji boleh ditempatkan pada satu-satu masa di hotel ini. Hotel ini diurus sepenuhnya oleh MK Group dan semua pekerjanya adalah warga Bangladeshi kecuali seorang Front Desk warga Saudi.

Lokasi hotel seperti dibawah:

Kadar Sewa Semalam

Kadar sewaan bilik adalah diantara SAR 100 (bilik 3-katil) hingga SAR150 (bilik 9-katil), manakala pada bulan Ramadhan pula dijangka pada SAR300 hingga SAR450 setiap bilik. Sehingga kini lebih 90% telah ditempah untuk sepanjang tahun 1445H. Apabila membuat tempahan, sila nyatakan keperluan bilik air di bilik apabila membuat tempahan. Terdapat satu bilik khas G7 untuk tetamu-tetamu RWM sahaja menginap.

Lokasi hotel ini di Quba Front kira-kira 500m dari Pintu 309 Masjid Nabawi.

Kadar sewaan bilik adalah diantara SAR 100 (bilik 3-katil) hingga SAR150 (bilik 9-katil)

Rumah Tumpangan Sahra Al Madan

Rumah tumpangan ini pula mengandungi 18 bilik, 7 bilik untuk 2/3-katil dan 11 bilik untuk 4/5-katil. Seramai 80 jemaah umrah dan 70 jemaah haji boleh ditempatkan pada satu-satu masa di hotel ini.

Sebahagian bilik-bilik ini mempunyai bilik air tersendiri manakala sebahagian yang lain tiada bilik air. Apabila membuat tempahan, sila nyatakan keperluan bilik air di bilik apabila membuat tempahan.

Lokasi hotel bajet ini adalah 650m arah selatan Masjid Nabawi melalui pintu 303 & 304. Rumah tumpangan ini juga dekat dengan Masjid Bilal dan tempat makan popular Shariq Qurban di Mukim Al Jumuah.

Semoga kehadiran tuan di Tanah Suci Madinah Al Mukaramah mendapat keberkatan Allah SWT.