Sumbangan

Wakaf Selenggara

Walaupun sewa rumah wakaf ini ditaja oleh MNA Green Tech Sdn Bhd, kos operasi seperti bayaran bil letrik, air, internet serta barangan pakai buang ditanggung oleh pertubuhan sendiri. Saban tahun kos ini telah meningkat agak tinggi apabila kerajaan Arab Saudi mengenakan cukai tambahan nilai (VAT) dari 6% kepada 15% disamping kenaikan bil letrik dan air berkuatkuasa tahun 2021.

Caj bil letrik RM700-RM1,300 manakala air pula RM360-RM500 sebulan. Pencucian dan kebersihan RM 500 sebulan. Penyenggaraan bangunan sekitar R400 sebulan. Jumlah keseluruhan RM 4,000 sebulan. Ahli-Ahli digalakkan menderma sekitar RM20-30 seorang sebulan bagi menampung kos selenggara ini.

Wakaf Air

Alhamdulillah, PKDZS merancang untuk menambah kapasiti simpanan air bangunan wakaf yang kini hanya 400 gelen untuk diagihkan kepada 10 apartmen. 40 gelen air untuk setiap apartmen amat tidak mencukupi terutamanya apabila jumlah penghuni bertambah menjelang Ramadhan. Kami bercadang untuk menambah kapasiti dari 400 gelen ke 2,000 gelen (5 kali ganda) membolehkan air dipump ke atas bumbung seminggu sekali berbanding setiap hari sekarang. Kos penyediaan simpanan air ini termasuk booster pump automatik dijangka dalam lingkungan RM15,000

Sumbangan dari ahli-ahli dan para penderma RWM amat diperlukan ketika ini. Salurlah sumbangan anda ke link yang disediakan di atas. Sila wasap kepada kami sekiranya tuan puan ingin mengetahui lebih lanjut mengenai wakaf ini.

Wakaf Van

Memandangkan jarak dari KRWM dan Masjid Nabawi adalah 1.7km, keperluan menyediakan kenderaan ulang alik ke masjid menjadi keutamaan kami. Ahli-ahli dan tetamu Allah dijemput untuk menyumbang secara tetap untuk tujuan ini.

Sumbangan kewangan dari ahli-ahli dan badan-badan korporat amat diperlukan bagi tujuan ini. Marilah kita bersama-sama membantu menyediakan rumah-rumah wakaf untuk tetamu Allah mengerjakan ibadat ziarah di tanah suci Madinah ini.

  • No Akaun 8604294623
  • SWIFT CODE CIBBMYKLXXX
  • Nama: Pertubuhan Kebajikan Darul Ziarah Selangor

Enam Janji Allah Kepada Orang Selalu Bersedekah

  1. Menghapuskan dosa-dosa orang yang bersedekah
  2. Dapat berteduh di hari kiamat
  3. Harta tidak akan berkurang tetapi makin bertambah banyak
  4. Dapat Membebaskannya dari Siksa Kubur
  5. Terdapat Pintu Syurga Hanya Untuk Orang Yang Bersedekah
  6. Menjauhkan Diri dari Api Neraka

Saudi Electricity Acc No: 10073351098