RWM Cairo

Rumah Wakaf Madinah di Kaherah ini disediakan bagi kemudahan ahli-ahli dan tetamu Allah menginap di sana. Apartmen ini terletak di Awal Sabik, Al Nasr City, hanya 12km dari Bandaraya Kaherah.. Awal Sabik merupakan penempatan baru para pelajar Malaysia di Mesir. Apartmen ini berdekatan dengan Rumah Pahang, Terengganu, Kedah dan Wilayah Persekutuan di mana terdapat juga restoran Melayu atau cafe di rumah-rumah tersebut.

Apartmen ini berada di aras bawah bagi kemudahan OKU dan mereka yang tidak larat menaiki tangga.

Terma-terma dan Syarat-Syarat Penginapan

  1. Rumah Wakaf ini eksklusif untuk ahli dan tetamu sahaja dan bukan bersifat rumah penginapan komersial. Kadar sewaan hanyalah RM50 semalam.
  2. Setiap pengunjung dibenarkan menempah maksimum 14 hari sahaja. Berilah peluang kepada pengunjung yang lain menempah bilik tersebut. Walau bagaimana pun pengunjung yang melebihi 14 hari menginap dibenarkan duduk sekiranya tiada tempahan baru dibuat oleh pengunjung lain.
  3. Pengurusan berhak menolak tetamu yang hadir melebihi kapasiti yang dibenarkan oleh pemilik bangunan ini. Beri maklumat dengan lengkap jumlah yang menginap di sini.
  4. Pengunjung Rumah Wakaf diminta menjaga adab dan tatasusila sepanjang menginap di sini.
  5. Sentiasa menjaga kebersihan bilik, tempat umum seperti dapur, ruang tamu dan bilik air.
  6. Daftar masuk adalah mengikut waktu yang ditentukan oleh mudir bertugas. Mudir bukanlah petugas sepenuh masa. Beliau adalah pelajar Jamiah Al Azhar dan masa beliau banyak di jamiah.
  7. Sila isi maklumat pelawat pada Buku Pelawat yang disediakan.
  8. Sebelum daftar keluar, pastikan bilik sentiasa kemas dan bersih dan sampah terutamanya sampah makanan dibuang keluar. Kasut dan selipar hendaklah sentiasa diletakkan di dalam rumah.
  9. Khidmat mudir rumah wakaf bukan 24 jam. Oleh itu beri kerjasama sepenuhnya kepada mudir yang bertugas.
  10. Pengunjung dibenarkan memasak di Rumah Wakaf. Kelengkapan memasak disediakan. Sentiasa menjaga kebersihan dapur untuk kegunaan pengunjung lain terutama selepas memasak dan makan.
  11. Sila basuh semua peralatan memasak, pinggan mangkuk, cawan dll selepas digunakan, Sekiranya sabun atau span habis, sila beli atau maklum kepada mudir yang menjaga.
  12. Hormati dan sentiasa mengukir senyuman kepada pengunjung yang lain. Senyuman adalah ibadah. Keharmonian menginap di Rumah Wakaf hendaklah sentiasa diutamakan.
  13. Sentiasa memaafkan kekhilafan dan kesilapan orang lain. Sifat memaaf adalah salah satu sifat Rasulullah yang terpuji.
  14. Rajin bersedekah dan membantu sesama pengunjung yang lain.
  15. Sekiranya diminta untuk membantu mudir atau pengunjung yang lain, maka bantulah mereka. Semoga Allah mengampuni, merahmati dan memberi ganjaran yang tinggi kepada kita semua.
  16. Sila komen dan upload gambar-gambar tuan puan di www.fb.com/diyziarah sebagai sokongan tuan puan kepada rumah wakaf ini. Kami mengalu-alukan sebarang cadangan dan penambahbaikan.

Mohon para penziarah memuat tempahan melalui sistem tempahan di bawah bagi mengelak pertindihan tempahan. Kotak warna kelabu – Ada kekosongan. Warna Merah dan Pink – Tiada kekosongan

Apartmen Cairo

The AJAX failed or the nonce verification failed. If you encounter this error repeatedly, it is possible that access is being blocked by a security-related plugin. Please try changing the values of "Select the URL for AJAX on the public page" and "Select a function to validate the value of a nonce with AJAX on the public page" in Booking Package > General Settings.

Create account
Sign out
Edit My Profile
Booking history
Subscribed items
Sign up
close
Profile
close
Booking history
close
ID Booking Date Calendar Status
Booking details
close
Booking details
Please select a service
Service details
We sent a verification code to the following address. Please enter a verification code.

Selepas membuat tempahan, sila screenshot maklumat tempahan dan wasap kepada mudir untuk pengesahan dengan kadar segera.

Deposit RM50 dikenakan bagi setiap tempahan. Sila depositkan RM50 ke akaun mudir Sdr Safuan bin Mohamed dibawah selepas tempahan disahkan oleh kami. Wasap kepada beliau setelah deposit dikreditkan. Tempoh bayaran deposit adalah 3 hari selepas pengesahan tempahan, Selepas tarikh tersebut, tempahan terbatal dengan sendirinya dan dibuka semula untuk tempahan baru.

  • Safuan bin Mohamed
  • MAYBANK 1624 0510 9463