Pelaburan Hotel Bajet di Madinah

Klik pada gambar untuk melabur

Syukur Alhamdulillah, MNA Green Tech Sdn Bhd (MNA) dan MK Charity Group dari Bangladesh, telah memajak dua buah bangunan milik Yayasan Ismail di Al-Masani dan Qurban masing-masing 700m dan 1500m dari Masjid Nabawi. Kini jumlah hotel bajet telah bertambah kepada 3 bangunan.

Hotel bajet Al Masani mempunyai 86 bilik manakala di Qurban sebanyak 40 bilik. Setiap bilik mengandungi 5 katil.

MNA telah bersetuju memberi peluang kepada PKDZS untuk terlibat sama secara tidak langsung dalam perniagaan ini. PKDZS menawarkan kepada ahli-ahli sebanyak 3,500 unit nota terbitan dengan setiap satu RM100 sahaja. Nota Terbitan ini boleh ditebus semula dengan memaklumkan kepada pertubuhan, dengan itu ianya boleh dilanggan semula kepada ahli-ahli yang lain. Inn Shaa Allah jangkaan pulangan pelaburan dari hotel bajet ini adalah sebanyak 10% hingga 15% setahun dan dibayar pada setiap bulan Safar tahun berikutnya. Kiraan pro-rata keuntungan bagi ahli-ahli yang melabur kurang dari setahun.

Bagi ahli-ahli yang berminat untuk mendapatkan nota terbitan ini bolehlah memohon secara online dengan mengisi borang yang disediakan di link di bawah ini,

Sila klik di sini, BORANG PERMOHONAN NOTA TERBITAN PELABURAN

Sila hubungi Tuan Hj A Kadir +6011 5857 4571 untuk mengetahui skim pelaburan hotel bajet ini dengan lebih lanjut.

Setelah mengisi maklumat permohonan, sila deposit ke akaun pertubuhan dengan menekan gambar di bawah ini.

Nota Terbitan Pelaburan Rumah Wakaf Madinah akan dikeluarkan kepada ahli-ahli yang melanggan untuk simpanan dan tebus semula. Bagi ahli yang ingin mendapatkan sijil sebenar, caj RM10 dikenakan bagi setiap sijil yang dikeluarkan.

Layari Tempahan Bilik-Bilik – Rumah Wakaf Madinah (diyziarah.site)

Bagi ahli-ahli pertubuhan dan orang perseorangan yang berminat untuk membantu pertubuhan mendapatkan penyumbang juga dialu-alukan dengan mengisi borang yang sama atau menghubungi melalui aplikasi Whats App ke +60 11-58574571 (Setiausaha Kehormat PKDZS).

Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi melalui aplikasi What’s App ke +60 11-58574571 (Setiausaha Kehormat PKDZS).