Bermula dengan Rumah Waqaf Darul Ziarah Al Jumuah yang berkonsepkan pajakan apartmen pertama dilaksanakan oleh Pertubuhan Kebajikan Darul Ziarah Selangor (PKDZS), kini kami menyediakan tiga apartmen untuk asnaf, muslimin, muslimah dan pengurusan PKDZS. Kami adalah Organisasi Bukan Keuntungan yang berdaftar dengan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (PPM 001-10-10042020).











Syarikat MNA Green Tech Sdn Bhd telah bermurah hati memajak apartmen ini dari seorang rakyat Saudi tempatan bermula Feb 2020 dan menyerahkannya kepada PKDZS untuk digunakan sebagai rumah wakaf. Projek rintis ini membuahkan hasil apabila sehingga Ramadhan 1444H ini seramai 223 tetamu telah menginap di rumah wakaf.
Setinggi-tinggi penghargaan kepada MNA Green Tech Sdn Bhd yang menyediakan rumah wakaf ini dan semua penyumbang lain membantu menyediakan peralatan dan kelengkapan apartmen sehingga rumah wakaf ini menjadi kenyataan. Semoga Allah SWT menganugerahkan syurga buat kalian semua. Amin.
Pada Jun 2023, kami diarahkan berpindah ke tempat lain dan terpaksalah rumah wakaf ditutup sementara sehingga premis lain dapat dicari. Rumah Wakaf Madinah 2 (RWM2) pula berada di Jalan As Salam, daerah Al-Sukya , kira-kira 1km dari Masjid Nabawi di belakang Zaha Hotel.






Walaupun begitu, RWM2 ini hanya bertahan selama 6 bulan apabila kami diarah sekali lagi berpindah kerana premis tersebut akan dijadikan penginapan komersial.
Kini MNA telah memajak keseluruhan Aras Tiga Kompleks Rumah Wakaf Madinah yang berada di Anbariyah, Daerah Usayfirin, Madinah sejak Februari 2024 untuk kemudahan penginapan percuma buat golongan asnaf, ahli-ahli dan mereka yang dalam kecemasan dan memerlukan penginapan seperti menjaga ibubapa, suami isteri di hospital.

Ramai ahli-ahli bertanya bagaimana untuk tinggal lebih lama di Madinah. Bagi yang berminat untuk tinggal lebih lama dari 90 hari di Madinah, sila klik butang dibawah ini:
Matlamat Pertubuhan
- Mengurus pajakan apartmen yang diwakafkan dengan memberi penginapan percuma khas kepada ahli pertubuhan dari Malaysia dan tetamu Allah yang lain.
- Membelanja dana sumbangan ahli-ahli bagi pengoperasian rumah wakaf untuk tujuan di atas.
- Menjalankan aktiviti-aktiviti kemasyarakatan dan kebajikan seperti memberi sumbangan kepada golongan asnaf, program iftar Ramadhan dan seumpamanya baik di Malaysia atau di Madinah.
Semoga kehadiran tuan-puan di Madinah mendapat keberkatan Allah SWT dan dimurahkan rezeki.