Syukur Alhamdulillah, Kompleks Rumah Wakaf Madinah (KRWM1.0) ini telah pun beroperasi sepenuhnya. Terletak di Anbariyah ke daerah Usayfirin hanya 1.7km dari barat daya Masjid Nabawi. Berjalan kaki melalui Jalan Amir Abdulmajeed bin Abdulaziz dan seterusnya Jalan As-Salam hanya mengambil masa kira-kira 30 minit sahaja. Sesuai untuk senaman pagi berjalan kaki ke Masjidil Haram Nabawiyah
Rumah Wakaf berada di Aras 3 bangunan tersebut. Perkhidmatan lif terdapat di bangunan ini memudahkan golongan senior menempah disini. Tiada ekses OKU disediakan dan ini menyukarkan golongan kurang upaya mendapat penginapan percuma di sini.
Bagi urusan tempahan bilik-bilik di KRWM1.0, sila klik disini.
Bagi ahli-ahli pertubuhan, orang perseorangan serta badan korporat dipelawa untuk memajak apartmen-apartmen KRWM selama setahun dengan menghubungi melalui aplikasi What’s App ke +60133513200 (Setiausaha – Tuan Hj A Kadir Hj Ismail).
Dari Haram ke Kompleks Rumah Wakaf, Usayfirin
Jutaan terima kasih kepada Ustaz Akmal Fitri menyediakan video perjalanan dari Masjid Nabawi ke kompleks ini dan video terkini dirumah wakaf.
Perjalanan jalan kaki sejauh hampir 2km mengikuti jalan utama bagi memudahkan para tetamu menyelusuri Jalan Al Salam dan Jalan Putera Abdulmajeed bin Raja Abdulaziz sambil menikmati keindahan sekeliling yang amat unik dan kedai-kedai untuk membeli belah.
Syabas kepada ustaz atas usaha yang murni ini.
Wajah Kompleks Wakaf Malaysia Madinah terkini 26/5/2024
Kini dengan hasil sumbangan ahli-ahli dan orang ramai, hampir lengkaplah bilik-bilik untuk tetamu menginap di kompleks ini.
Lokasi
Bangunan ini terletak di daerah Al-Usayfirin kira-kira 1,700 m arah barat daya dari Masjid Nabawi. Kedudukannya di Persimpangan Jalan Al-Amir Abdulmajeed bin Abdulaziz dan Muawiyah Ibn Yazid memudahkan para tetamu mengekses kompleks ini dengan kenderaan awam atau persendirian.
Plan Tapak Aras 3
Apartmen Wakaf I (warna biru cair) dikhaskan untuk muslimin manakala Apartmen Wakaf II (warna merah jambu) dikhaskan untuk muslimat. Tempahan online kini talah dibuka. Bagi datang berkeluarga, tidak disediakan bilik khas untuk keluarga. Ahli keluarga akan terpisah mengikut lelaki dan perempuan. Syarat-syarat layak menginap, sama seperti sebelum ini iaitu ahli rumah wakaf atau asnaf.
Sumbangan Kelengkapan Dalaman
Apartmen wakaf dua bilik ini mempunyai keluasan lantai antara 670kps – 770kps. Tiada ruang tamu, hanya sofa disediakan di Bilik Wakaf II, sebuah bilik air dan ruang dapur untuk memasak. Kos menyediakan peralatan perabot asas seperti katil, almari, meja makan, ruang tamu dan lain-lain adalah dianggarkan sebanyak SAR20,600 (RM27,750) untuk sebuah apartmen wakaf tersebut.
Kami masih lagi membuka tabung sumbangan untuk pembelian peralatan-peralatan di setiap bilik tetamu di kompleks wakaf ini.
KENDERAAN ULANG ALIK KE MASJID
RWM juga bercadang memiliki sebuah minivan 10-seater bagi kemudahan ke masjid, ziarah, mengangkut tetamu dari lapangan terbang atau stesen keretapi ke rumah wakaf. Kos pembelian minivan ini adalah sekitar SAR90,000. Caj pengangkutan minima SAR 1 seorang sehala akan dikenakan kepada tetamu berulang alik ke Masjid Nabawi bagi menampung kos minyak, pemandu dan selenggaraan kenderaan yang dianggarkan SAR4,500 sebulan. Untuk makluman, harga minyak Saudi RON95 kini SAR2.17 seliter lebih 9 sen dari Malaysia.
Ahli-ahli dan orang ramai juga boleh berinfak dengan klik link di bawah ini bagi penyediaan dalaman dan peralatan apartmen wakaf dan pembelian van tersebut. Sasaran kutipan adalah sebanyak SAR110,000
BANTUAN DAN SOKONGAN BERTERUSAN AHLI-AHLI DAN ORANG RAMAI
Ahli-ahli pertubuhan, orang perseorangan serta badan korporat dipelawa untuk memohon, menyumbang dan menggunakan rumah-rumah wakaf ni dengan menyatakan keinginan untuk memajak apartmen yang dicadangkan atau menghubungi melalui aplikasi What’s App ke +60 166663437 (Pengerusi – Tuan Muhammad Nurul Anuar).
Bagi ahli-ahli pertubuhan dan orang perseorangan yang berminat untuk membantu pertubuhan mendapatkan penyumbang juga dialu-alukan dengan menghubungi melalui aplikasi Whats App ke +601158574571 (Setiausaha – Tuan Haji A Kadir Hj Ismail).
Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi +601158574571 (Setiausaha – Tuan Haji A Kadir Hj Ismail).