Kompleks Rumah Wakaf Madinah

Syukur Alhamdulillah, kompleks ini telah pun beroperasi sepenuhnya.

Hanya tinggal 2 unit dari 6 unit apartmen dua bilik ini akan dibuka untuk sewaan jangka panjang kepada mana-mana individu dan syarikat yang berminat untuk dijadikan homestay bagi pengunjung-pengujung Malaysia dan dunia Islam yang lain.

Bagi urusan tempahan bilik-bilik di KRWM1.0, sila klik disini.

Ahli-ahli pertubuhan, orang perseorangan serta badan korporat dipelawa untuk memajak apartmen ni pada harga SR18,000 setahun (kosong) atau SR28,000 (fully furnished) dengan menghubungi melalui aplikasi What’s App ke +60166663437 (Pengerusi – Tuan Muhammad Nurul Anuar).

Dari Haram ke Kompleks Rumah Wakaf, Usayfirin

Jutaan terima kasih kepada Ustaz Akmal Fitri menyediakan video perjalanan dari Masjid Nabawi ke kompleks ini dan video terkini dirumah wakaf.

Perjalanan jalan kaki sejauh hampir 2km mengikuti jalan utama bagi memudahkan para tetamu menyelusuri Jalan Al Salam dan Jalan Putera Abdulmajeed bin Raja Abdulaziz sambil menikmati keindahan sekeliling yang amat unik dan kedai-kedai untuk membeli belah.

Syabas kepada ustaz atas usaha yang murni ini.

Wajah Kompleks Wakaf Malaysia Madinah terkini 26/5/2024

Kini dengan hasil sumbangan ahli-ahli dan orang ramai, hampir lengkaplah bilik-bilik untuk tetamu menginap di kompleks ini.

Lokasi

Bangunan ini terletak di daerah Al-Usayfirin kira-kira 1,700 m arah barat daya dari Masjid Nabawi. Kedudukannya di Persimpangan Jalan Al-Amir Abdulmajeed bin Abdulaziz dan Muawiyah Ibn Yazid memudahkan para tetamu mengekses kompleks ini dengan kenderaan awam atau persendirian.

Plan Tapak Aras 3

Apartmen Wakaf I (warna biru cair) dikhaskan untuk muslimin dan tetamu berkeluarga manakala Apartmen Wakaf II (warna merah jambu) dikhaskan untuk muslimat dan tetamu berkeluarga juga. Tempahan online kini talah dibuka. Syarat-syarat layak menginap, sama seperti sebelum ini iaitu ahli rumah wakaf atau asnaf.

Plan Aras Satu

Sumbangan Kelengkapan Dalaman

Apartmen wakaf dua bilik ini mempunyai keluasan lantai antara 670kps – 770kps. Tiada ruang tamu, hanya sofa disediakan di Bilik Wakaf II, sebuah bilik air dan ruang dapur untuk memasak. Kos menyediakan peralatan perabot asas seperti katil, almari, meja makan, ruang tamu dan lain-lain adalah dianggarkan sebanyak SAR20,600 (RM27,750) untuk sebuah apartmen wakaf tersebut.

Kami masih lagi membuka tabung sumbangan untuk pembelian peralatan-peralatan di setiap bilik tetamu di kompleks wakaf ini.

KENDERAAN ULANG ALIK KE MASJID

RWM juga bercadang memiliki sebuah minivan 10-seater bagi kemudahan ke masjid, ziarah, mengangkut tetamu dari lapangan terbang atau stesen keretapi ke rumah wakaf. Kos pembelian minivan ini adalah sekitar SAR90,000. Caj pengangkutan minima SAR 1 seorang sehala akan dikenakan kepada tetamu berulang alik ke Masjid Nabawi bagi menampung kos minyak, pemandu dan selenggaraan kenderaan yang dianggarkan SAR4,500 sebulan. Untuk makluman, harga minyak Saudi RON95 kini SAR2.17 seliter lebih 9 sen dari Malaysia.

Ahli-ahli dan orang ramai juga boleh berinfak dengan klik link di bawah ini bagi penyediaan dalaman dan peralatan apartmen wakaf dan pembelian van tersebut. Sasaran kutipan adalah sebanyak SAR110,000

BANTUAN DAN SOKONGAN BERTERUSAN AHLI-AHLI DAN ORANG RAMAI

Ahli-ahli pertubuhan, orang perseorangan serta badan korporat dipelawa untuk memohon, menyumbang dan menggunakan rumah-rumah wakaf ni dengan menyatakan keinginan untuk memajak apartmen yang dicadangkan atau menghubungi melalui aplikasi What’s App ke +60 166663437 (Pengerusi – Tuan Muhammad Nurul Anuar).

Bagi ahli-ahli pertubuhan dan orang perseorangan yang berminat untuk membantu pertubuhan mendapatkan penyumbang juga dialu-alukan dengan menghubungi melalui aplikasi Whats App ke +601158574571 (Setiausaha – Tuan Haji A Kadir Hj Ismail).

Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi +601158574571 (Setiausaha – Tuan Haji A Kadir Hj Ismail).