Keahlian

Keahlian pertubuhan adalah terbuka kepada semua warganegara Malaysia beragama Islam. Keahlian terbahagi kepada lima kategori iaitu Ahli Biasa, Ahli Bersekutu, Ahli Kehormat, Ahli Seumur Hidup dan Ahli Remaja.

Ahli-ahli yang berminat untuk mendapatkan email khas peribadi sebagai contoh, kadir@diyziarah.site bolehlah memohon dengan menyumbang sebanyak RM5 bagi setiap alamat email.

Ahli Biasa

  • Kewarganegaraan : Malaysia
  • Umur Minima : 18 tahun
  • Negeri tempat tinggal ahli : Selangor
  • Keturunan : Melayu
  • Jantina : Lelaki dan Perempuan
  • Agama : Islam

Ahli Bersekutu – Terbuka kepada mereka yang tidak memenuhi kriteria ahli biasa

Ahli Kehormat

Terdiri daripada mereka yang berjasa kepada masyarakat dan boleh memberi sumbangan signifikan kepada pertubuhan. Mereka ditentukan oleh Jawatankuasa dan terkecuali dari pembayaran yuran.

Ahli Seumur Hidup – Terbuka kepada Ahli Biasa yang membayar yuran sekali gus sebanyak RM50.

Ahli Remaja

Terbuka kepada mereka yang berumur 18 tahun ke bawah. Mereka perlu mendapatkan surat kebenaran bertulis daripada ibu bapa atau penjaga yang sah. Mereka tidak boleh mengundi atau memegang jawatan dalam Pertubuhan.

Yuran

  • Yuran Proses Pendaftaran (Yuran Masuk) adalah sebanyak RM10.00 dan di bayar hanya sekali sahaja selepas menghantar Borang Keahlian secara online. Wang ini tidak dikembalikan.
  • Setelah mendapat kelulusan keahlian, email akan dikirim kepada pemohon bagi urusan pembayaran pendaftaran.
  • Sumbangan tambahan RM5 bagi yang ingin mendapatkan alamat email peribadi nama@diyziarah.site
  • Yuran Tahunan Keahlian hendaklah dibayar mengikut kategori-ketegori yang ditetapkan seperti berikut:

Sila klik link ini untuk ke Borang Permohonan Keahlian (Google Form). Walaupun borang ini mensasarkan permohonan nota terbitan, sila klik pada butang MASIH BELUM dan tekan butang NEXT untuk ke halaman Permohonan Borang Keahlian Pertubuhan. Sekiranya menghadapi masalah untuk mengekses borang ini, sila wasap kepada Admin untuk mendaftar melalaui aplikasi What’s App.

Isi maklumat nama, No Kad Pengenalan, Alamat Surat Menyurat, Warganegara, Tarikh Lahir, Negeri, No Telefon, E-mail dan Jenis Keahlian. Tekan butang NEXT untuk ke halaman berikutnya.

Yuran Proses Pendaftaran (Yuran Masuk) tidak dikembalikan. Email kepada ahli@diyziarah.site setelah deposit dikreditkan.

No akaun pertubuhan adalah seperti berikut:

Pertubuhan Kebajikan Darul Ziarah Selangor CIMB Bank Bhd. No akaun 8604294623

Admin akan berhubung dengan tuan puan yang telah memohon menjadi ahli. Wasap kepada Admin sekiranya ingin mengetahui status keahlian selepas 14 hari dari tarikh permohonan di buat.