Kenangan di Rumah Wakaf Madinah Al Jumuah

Tanggal 3 Muharram 1445 merupakan tarikh terakhir Mudir Syam menginap di apartmen ini sejak MNA menyerahkan apartmen ini kepada RWM untuk dijadikan rumah wakaf pertama PKDZS pada 2020 yang lalu.

Banyak kenangan-kenangan yang indah di sini dengan kehadiran tetamu Allah dari pelusuk dunia menginap di rumah wakaf.

Inn Shaa Allah, kita sedang usaha mencari apartmen lain untuk manafaat ahli semua.

Masjid Nabawi semasa Covid 19

Assalamualaikum. Semoga Allah mengampuni, merahmati dan memberkati kita semua.

Baru-baru ni semasa melayari You Tube mencari bahan-bahan yang sesuai untuk dimasukkan dalam blog ini saya terjumpa dokumentari mengenai Masjid Nabawi dimasa pendemik Covid-19. Terharu sungguh menontonnya. Semoga Allah SWT mengangkat semula tenteranya dan dapat kita semua kembali menziarahi kedua-dua kota suci ini..

Selamat Hari Raya Aidil Fitri

Assalamualaikum. Kami mengambil kesempatan di hari yang mulia ini mengucapkan selamat Hari Raya Aidil Fitri, Maaf Zahir dan Batin kepada semua ahli dan penderma serta pengunjung laman sesawang dan rumah waqaf kami. Semoga Allah menerima ibadat kita semua.

Nasi Mendi tersedap di Madinah

Assalamualaikum. Saya sebenarnya tak sabar nak share pasal makan nasi mendi di Madinah ni.

Alhamdulillah semasa saya di Madinah, sahabat baik saya Dato Hj Khushairi dan Prof Dr Muhd Kamil juga berada di sana selama 6 hari kalau tak silap saya. Telanjur anak murid Prof nak belanja makan nasi mendi, saya pun join sekalilah. (muka tak malu)

Lepas solat Isya’ kami sekereta ke Restoran AlRomansiah, timur Madinah melalui jalan King Abdul Aziz. Jaraknya dalam 3 km dari Masjid Nabawi. (https://goo.gl/maps/5R1Di94GY7bD2Z3K7) Setup restorannya cantik dan sesuai untuk keluarga menjamu selera disini.

Memang sedap betul rasa nasi mendi dgn kambing panggang, habis licin kami 4 orang makan. Tinggal nasi aje itupun saya taupau bawak balik rumah, makan nasi aje pun dah sedap. Inn Shaa Allah kalau sesiapa ke Madinah jangan lupa pergi ke restoran ni bawa sekeluarga makan sedulang. Prof, terima kasih daun keladi…

DIY Ziarah

Assalamualaikum.

Tajuk kali ini amat menarik iaitu bagaimana ingin berziarah ke Madinah secara kendiri, tanpa menggunakan khidmat travel agent atau mutawif. Sekiranya ini adalah perjalanan pertama anda, maka banyaklah membaca atau menonton youtube blog-blog travelers mengenai travel to Saudi Arabia. Sebagai contoh boleh meneliti atau berhubung dengan sahabat dan senior saya, Prof Dr Muhd Kamil Ibrahim, mantan pensyarah Universiti Taibah Madinah. https://www.thevocket.com/umrah-diy-bahagian-1/; https://says.com/my/seismik/tunai-umrah-dengan-kos-bawah-rm-6k-wanita-ini-kongsi-pengalaman-buat-umrah-secara-diy. Seronok baca posting mereka-mereka yang dah pernah buat DIY ni.

  • Tiga perkara pokok utama bila nak buat DIY Umrah dan Ziarah ni.
    • Dokumen Perjalanan
    • Bajet
    • Ilmu Beribadat

Bagi dokumen perjalanan, dah tentu kena ada dua benda, pasport dan visa pelancung. Paspot boleh buat di mana-mana jabatan Immigresen Malaysia, Sediakan KP dan RM300 untuk fi pasport 64m/s, valid untuk 5 tahun. Dah dapat paspot, pergi ke website rasmi visa.visitsaudi.com untuk permohonan visa secara online. Tak silap saya dalam RM580 juga kena bayar termasuk insuran yang wajib kita ambil oleh kerajaan Saudi.

Pengisian borang dia tak susah mana cuma gambar aje kena submit online ikut format yang dia minta, background putih dan pixel 200×200. Muka kena nampak keseluruhan, purdah atau niqab kena buka. Pegawai immigresen sana masih buat pengasingan bagi muslimin dan muslimat bagi entry Jeddah dan Madinah. So wajah kita selamat bukan untuk tatapan bukan muhrim.

Seterusnya belilah tikit secara online, sebab murah dan banyak pilihan penerbangan. Saya cari pakai Kayak atau Skyscanner, Lepas tu saya belilah direct dengan syarikat mana yang bagi tambang paling terbaik ikut citarasa saya. Saya minat beli SAUDIA atau Oman Air sebab luggage dia bagi bawa dua bag seorang. Maklumlah dari Malaysia balik ke Madinah, banyak benda boleh isi, macam rempah ratus dll. Biasanya harga sekitar RM3,000+ pergi balik, ada juga rezeki saya dapat RM2,500++ pergi balik seorang. Saya akan pilih destinasi ke Madinah sebab kurang strict berbanding Jeddah.

Jangan lupa semak tarikh dengan kami dulu kalau nak ke Madinah, boleh duduk free untuk ahli-ahlinya. Jadilah ahli kami, Yuran Ahli hanya RM10 setahun dan pendaftaran sekali saja RM10.