Semua urusan tempahan online hendaklah menghantar slip tempahan dengan menghubungi Mudir Hj Syam melalui aplikasi What’s Apps sahaja. No what’s app beliau adalah +601158900410
Syukur Alhamdulillah Bilik Keluarga Qaisara yang berhawa dingin ini telah beroperasi sejak Februari 2024. Buat masa ini, disediakan hanya 2 katil bertingkat dan 1 single, sebuah meja dan kerusi, karpet, tilam dan bantal sahaja dahulu sehingga dana dapat dikumpul untuk membeli peralatan yang lain.
Kami sedang berusaha mendapatkan kemudahan-kemudahan lain seperti peti ais dan dapur memasak serta ketuhar gelombang mikro sekiranya mendapat sumbangan secukupnya nanti. Sila bantu RWM dengan menderma dan kongsi link ini dilaman sesawang tuan puan. Kerja-kerja kemasan dan pembaikan kini sedang bermula oleh tim RWM diketuai oleh Mudir Hj Syam.
Sumbangan SR50(RM60)/malam bagi yang ingin menggunakan bilik ini secara eksklusif untuk diri sendiri atau sekeluarga.
Tetamu berkeluarga juga digalakkan menempah di Awali Qurban degan kadar serendah SR70-SR80/bilik/mlm. Setiap bilik disediakan 3-4-katil dan sebuah peti ais.
Kategori Tetamu-tetamu KRWM1.0
- Kategori I : Golongan asnaf kecuali amil, mualaf yang kaya, riqab, gharimin. Musafir yang terkandas perjalanan (flight delay dll) dan tak mampu nak sewa hotel dibenarkan duduk di rumah wakaf.
- Kategori II: Pelajar Malaysia dari semua negara dan sanggup berkhidmat apabila diminta. Bukan pelajar yang bekerja dan berpendapatan melebihi SAR1600
- Kategori III: Ahli-Ahli PKDZS dan sanggup berkhidmat apabila diperlukan.
- Bagi yang tidak layak, caj perkhidmatan sebanyak SR50/bilik/malam atau SR100/apartmen/malam dikenakan kepada tetamu-tetamu KRWM.
Lokasi
Terma-Terma dan Syarat-Syarat Penginapan
- Apartmen Wakaf ini eksklusif untuk golongan asnaf dan ahli sahaja dan bukan bersifat rumah penginapan komersial.
- Pengunjung Apartmen Wakaf diminta menjaga adab dan tatasusila sebagai tetamu Allah.
- Sentiasa menjaga kebersihan bilik, tempat umum seperti dapur, ruang tamu dan bilik air. Bagaimana keadaan bilik sebelum masuk begitu jugalah keadaan bilik selepas keluar.
- Daftar masuk dan keluar adalah hanya selepas Subuh hingga masuk waktu Zohor, Selepas waktu tersebut, mudir tiada di rumah wakaf. Sila isi maklumat pelawat pada Buku Pelawat yang disediakan.
- Sebelum daftar keluar, pastikan bilik kemas serta bersih dan sampah terutamanya sampah makanan dibuang keluar. Wang deposit tidak dikembalikan sekiranya mudir tidak berpuas hati dengan keadaan bilik yang tidak bersih.
- Khidmat mudir rumah wakaf adalah terhad. Oleh itu beri kerjasama sepenuhnya kepada mudir yang bertugas.
- Pengunjung hanya dikehendaki menyumbang kepada caj perkhidmatan, api dan air sebanyak SR5/katil/malam. Manakala kos pencucian selimut, cadar dan sarung bantal adalah sebanyak SR20/katil sahaja.
- Pengunjung dibenarkan memasak di Apartmen Wakaf. Kelengkapan asas memasak disediakan. Remah ratus dan lain-lain bahan memasak boleh digunakan. Sekiranya habis boleh beli di mini market berdekatan. Sentiasa menjaga kebersihan dapur untuk kegunaan pengunjung lain selepas memasak dan makan. Sila basuh semua peralatan memasak, pinggan mangkuk, cawan dll selepas digunakan, Sekiranya sabun atau span habis, sila beli sendiri atau maklum kepada mudir yang menjaga.
- Hormati dan sentiasa mengukir senyuman kepada pengunjung yang lain. Senyuman adalah ibadah. Keharmonian menginap di Apartmen Wakaf hendaklah sentiasa diutamakan.
- Sentiasa memaafkan kekhilafan dan kesilapan orang lain. Sifat memaaf adalah salah satu sifat Rasulullah yang terpuji.
- Rajin bersedekah dan membantu sesama pengunjung yang lain. Wujudnya Apartmen Wakaf ini juga adalah hasil sumbangan ahli-ahli pertubuhan untuk kemudahan pengunjung semua.
- Sekiranya diminta untuk membantu mudir atau pengunjung yang lain, maka bantulah mereka. Semoga Allah mengampuni, merahmati dan memberi ganjaran yang tinggi kepada kita semua.
- Sila komen dan upload gambar-gambar tuan puan di www.fb.com/diyziarah sebagai sokongan tuan puan kepada apartmen wakaf ini. Kami mengalu-alukan sebarang cadangan dan penambahbaikan.
Tempahan
Mohon tetamu-tetamu memuat tempahan melalui sistem tempahan di bawah bagi mengelak pertindihan tempahan. Kotak warna kelabu bermakna ada kekosongan, manakala Kotak Merah dan Pink – Tiada kekosongan.
Member No (No Keahlian)
Sila masukkan nombor keahlian dalam ruang yang disediakan. Bagi golongan asnaf yang berdaftar dengan Majlis Agama Islam negeri-negeri, sila masukkan no kad anda. Bagi yang belum menjadi ahli, sila bedaftar dulu sebagai ahli. Bagi yang belum menjadi ahli, masukkan nombor 000 di ruang Member No. Caj sebanyak SR20/katil/malam akan dikenakan bagi setiap hari bermalam bagi yang bukan ahli. Jadilah ahli kami untuk mendapatkan penginapan percuma.
Apabila semakan pendaftaran telah diluluskan dan maklumat penempah ada dalam database sistem, pihak kami akan memaklumkan melalui pesanan wasap.
Bilik Keluarga KRWM
ID | Booking Date | Calendar | Status |
---|
Selepas membuat tempahan, sila screenshot maklumat tempahan dan wasap kepada kami untuk pengesahan dengan kadar segera..
Sekiranya tiada kalender menempah, sila wasap kepada admin untuk refresh page ini. Kadang kala sistem glitch yang memerlukan admin refresh semula halaman ini.
Sila buat bayaran deposit RM30 atau memilih untuk bayaran penuh ke akaun
CIMB
PERTUBUHAN KEBAJIKAN DARUL ZIARAH
NO: 8604294623 Ref: KRWM BK.
Ziarah
Kemudahan kereta sewa atau teksi ke Masjid Nabi pergi dan balik sangatlah banyak. Kadar yang mereka tetapkan adalah sekitar SR10 sehala perjalanan. Para tetamu diminta untuk ‘nego harga’ dengan pemandu kereta sewa bagi mendapatkan perkhidmatan ke masjid. Semoga kehadiran tuan puan di Tanah Suci Madinah Al Mukaramah mendapat keberkatan Allah SWT.
Sumbangan
KRWM memerlukan bantuan sumbangan ahli-ahli dan orang ramai bagi kerja-kerja pembaikan, pembelian unit hawa dingin, kipas syiling, penyimpan air panas, pendawaian letrik dari 110V ke 220V dan kelengkapan bilik air. Ahli-ahli dan orang ramai boleh berinfak dengan klik gambar di bawah ini.
Apartmen Kompleks Rumah Wakaf
Pihak pengurusan mengajak ahli-ahli dan orang ramai memajak selama setahun atau dua tahun, apartmen wakaf ini bagi kegunaan persendirian atau mewakafkan kepada pengurusan untuk ditawarkan kepada asnaf menggunakannya secara percuma. Ahli-ahli pertubuhan, orang perseorangan serta badan korporat dipelawa untuk menyumbang sewaan rumah wakaf ini dengan menyatakan keinginan untuk memajak selama setahun atau dua tahun. Sewaan rumah-rumah wakaf adalah SAR18,000 (kosong) dan SAR 28,000 (fully furnish) setahun.
Sila berhubung melalui aplikasi What’s App ke +60 11-58574571 (Setiausaha – Tuan Haji A Kadir Hj Ismail).
Sukarelawan PKDZS
Bagi ahli-ahli pertubuhan dan orang perseorangan yang berminat untuk membantu pertubuhan mendapatkan penyumbang juga dialu-alukan dengan menghubungi melalui aplikasi Whats App ke +60 11-58574571 (Setiausaha – Tuan Haji A Kadir Hj Ismail).
Sokongan berterusan tuan puan sangat-sangat dihargai dan semoga Allah mengurniakan syurga buat tuan puan sekalian.