Malam ini merupakan malam ke sebelas kita melalui bulan yang penuh barakah atau telah sepertiga bulan kita melaluinya. Umum mengetahui bulan Ramadhan dibahagikan kepada tiga fasa utama iaitu fasa keberkatan, fasa kemaafan dan fasa terlepas dari api neraka.
![](https://diyziarah.site/wp-content/uploads/2020/05/3-fasa-Ramadhan-1024x1024.jpg)
![](https://diyziarah.site/wp-content/uploads/2020/05/Israq-Mikraj-724x1024.jpg)
Pada 10 hari pertama Ramadhan telah diriwayatkan sebagai hari-hari diturunkannya rahmat dari Allah kepada manusia. Pada 10 hari pertama ini kita akan banyak mendapatkan limpahan pahala dari berbagai amalan-amalan yang kita lakukan selama berpuasa.
Setelah melewati 10 hari pertama Ramadhan, sekarang kita akan memulai fasa kedua bulan ramadhan atau fasa 10 hari pertengahan Ramadhan, dimana keutaman fasa kedua ini adalah Allah banyak memberikan maghfirah atau ampunan. Inilah saat yang tepat bagi kita untuk meminta ampun atas dosa-dosa kita dengan memperbanyak amalan dzikir dan meminta keampunan agar semua dosa-dosa kita yang lalu di maafkan dan mengharapkan diterima taubat kita.
Ummul mukminin, Aisyah ra., menceritakan tentang keadaan Nabi SAW. ketika memasuki sepuluh hari terakhir Ramadhan: “Beliau, jika memasuki sepuluh hari terkahir Ramadhan, mengurangkan makannya, menghidupkan malamnya dan membangunkan keluarganya.”
Rasulullah SAW berdo’a:
“اللهم اجعل خير عمري آخره وخير عملي خواتمه وخير أيامي يوم ألقاك”
“Ya Allah, jadikan sebaik-baik umurku adalah penghujungnya. Dan jadikan sebaik-baik amalku adalah muktamadnya. Dan jadikan sebaik-baik hari-hariku adalah hari di mana saya berjumpa dengan-Mu Kelak.”
Inn Shaa Allah, saya akan sambung lagi …