Syukur Alhamdulillah apartmen studio ini berkeluasan 675 kaki persegi berada di Aras 1 Kompleks Rumah Wakaf Madinah, Daerah Usayfirin sekitar 1.7km barat daya Masjid Nabi.
Kerja-kerja kemasan dan pembaikan sedang giat dijalankan secara sukarela oleh Tuan Hj Asyraf Islam dan dibantu oleh sukarelawan RWM. Ianya dijangka siap pada awal Februari ini.
Aturan lantai rumah tersebut adalah seperti dibawah ini:
Terma-Terma dan Syarat-Syarat Penginapan
- Apartmen ini terbuka kepada warga Malaysia dan rumpun Melayu serta negara-negara Islam yang lain.
- Pengunjung Apartmen diminta menjaga adab dan tatasusila sebagai tetamu Allah.
- Sentiasa menjaga kebersihan bilik, tempat umum seperti dapur, ruang tamu dan bilik air. Bagaimana keadaan bilik sebelum masuk begitu jugalah keadaan bilik selepas keluar.
- ‘Check-out’ adalah selepas Zohor dan ‘check-in’ selepas Asar.
- Sebelum daftar keluar, pastikan bilik kemas serta bersih dan sampah terutamanya sampah makanan dibuang keluar. Wang deposit tidak dikembalikan sekiranya mudir tidak berpuas hati dengan keadaan bilik yang tidak bersih.
- Pengunjung dibenarkan memasak di apartmen ini. Kelengkapan asas memasak disediakan.
- Sentiasa menjaga kebersihan dapur untuk kegunaan tetamu lain selepas memasak dan makan. Sila basuh semua peralatan memasak, pinggan mangkuk, cawan dll selepas digunakan, Sekiranya sabun atau span habis, sila beli sendiri atau maklum kepada mudir yang menjaga.
- Hormati dan sentiasa mengukir senyuman kepada pengunjung yang lain. Senyuman adalah ibadah. Keharmonian menginap di Apartmen Wakaf hendaklah sentiasa diutamakan.
- Sentiasa memaafkan kekhilafan dan kesilapan orang lain. Sifat memaaf adalah salah satu sifat Rasulullah yang terpuji.
- Rajin bersedekah dan membantu sesama pengunjung yang lain. Wujudnya apartmen ini juga adalah hasil sumbangan ahli-ahli pertubuhan untuk kemudahan pengunjung semua.
- Sekiranya diminta untuk membantu pengunjung yang lain, maka bantulah mereka. Semoga Allah mengampuni, merahmati dan memberi ganjaran yang tinggi kepada kita semua.
- Sila komen dan upload gambar-gambar tuan puan di www.fb.com/diyziarah sebagai sokongan tuan puan kepada apartmen ini. Kami mengalu-alukan sebarang cadangan dan penambahbaikan.
Kadar Sumbangan
- Sumbangan Tahunan bagi yang berminat untuk duduk selama setahun adalah seperti berikut:
- RM21,600 (SR18,000)
- Sumbangan Bulanan bagi yang berminat untuk duduk selama sebulan adalah seperti berikut:
- RM1,800 (SR1,500)
- RM3, 600 (SR3,000) sepanjang Ramadhan
- Manakala kadar sumbangan harian untuk yang ingin menginap jangka pendek adalah
- RM144 (SR120) semalam
- Sepanjang promosi bulan pembukaan Februari ini sumbangan untuk apartmen adalah RM120 (SAR100)/mlm sahaja
- Ramadhan RM280 (SR240)/malam
Tempahan
Sila berhubung dengan Pembantu Mudir Sdr Mufid terlebih dahulu bagi mendapatkan maklumat terkini mengenai apartmen ini seperti kekosongan atau menginap lebih kapasiti. Setelah mendapat maklumat yang diperlukan, barulah membuat tempahan secara online dibawah ini. Sistem akan membatalkan permohonan secara automatik tanpa persetujuan awal dari mudir RWM.
Kaedah Tempahan
Sila baca dan fahami kaedah menempah langkah demi langkah sebelum membuat tempahan.
Langkah 1: Pilih tarikh masuk dan tarik keluar di halaman menempah dengan mengelik pada kotak tarikh seperti dibawah. Kotak akan berwarna biru cair.
Langkah 2: Klik pada jumlah tetamu 1,2,3,4 maksimum hanya 4 dewasa atau 2 kanak-kanak sahaja kerana setiap bilik hanya ada 2 katil kelamin.
Langkah 3: Baca Ringkasan tempahan, kalau salah, ubah dahulu sebelum menekan ‘NEXT PAGE’
Langkah 4: Isi maklumat peribadi di semua halaman dan tekan ‘BOOK NOW’
Langkah 5 & 6: Semua maklumat tempahan hendaklah di screenshot dan klik I agree sebelum menekan butang ‘RETURN’.
Langkah 7 : Klik pada ‘wasap’ untuk menghantar screenshot kepada mudir dibawah untuk mengesahkan tempahan dan kemudian barulah penempah membuat bayaran dibawah.
Sila klik pada tarikh di kalender tempahan di bawah dan mengisi maklumat peribadi anda beserta nombor talipon dan alamat rumah.
Apartmen Keluarga KRWM
ID | Booking Date | Calendar | Status |
---|
Selepas membuat tempahan, sila screenshot maklumat tempahan dan wasap kepada mudir untuk pengesahan dengan kadar segera.
Sekiranya tiada kalender menempah, sila wasap kepada admin untuk refresh page ini. Kadang kala sistem glitch yang memerlukan admin refresh semula halaman ini.
Sila buat bayaran deposit RM100 atau memilih untuk bayaran penuh sumbangan ke akaun
CIMB
PERTUBUHAN KEBAJIKAN DARUL ZIARAH
NO: 8604294623 Ref: KRWM AKA1.
Semoga kehadiran tuan puan di Tanah Suci Madinah Al Mukaramah mendapat keberkatan dari Allah SWT.