Bilik No 4

Syukur Alhamdulillah bilik ini berkeluasan hampir 220 kaki persegi berharga pajakan tahunan sebanyak RM8,500 sahaja.

Semua urusan pajakan sewa setahun hendaklah menghubungi terlebih dahulu Setiausaha melalui aplikasi What’s Apps sahaja. No what’s app beliau adalah +60133513200. Bayaran ansuran dua kali adalah dibenarkan dengan bayaran kali pertama RM4,500 dan seterusnya 5 bulan kemudian RM4,000 lagi.

Bilik ini boleh diduduki bermula 1 Februari 2026

Aturan lantai rumah tersebut adalah seperti dibawah ini:

Bilik Keluarga No 3

Bagi melengkapkan perabut-perabut seperti katil, meja dan peti sejuk, sebanyak RM2,400 diperlukan bagi tujuan ini. Pemajak juga diberi pilihan membeli sendiri perabut-perabut kelengkapan masing-masing atau menyerahkan kepada RWM bagi pembelian tersebut.

Cadangan hiasan seperti dibawah:

Terma-Terma dan Syarat-Syarat Pajakan tahunan

  1. Apartmen ini terbuka kepada warga Malaysia dan rumpun Melayu serta negara-negara Islam yang lain.
  2. Pengunjung apartmen diminta menjaga adab dan tatasusila sebagai tetamu Allah.
  3. Sentiasa menjaga kebersihan apartmen, didalam dan diluar aras masing=masing.
  4. Dibenarkan untuk menyerah apartmen ini kepada saudara mara atau sahabat handai untuk digunakan dengan memaklumkan kepada mudir terlebih dahulu nama dan no taipun untuk dihubungi.
  5. Urusan kebersihan dalaman apartmen adalah dibawah tanggungjawab sendiri.
  6. Kos api dan air adalah dibawah tanggungan pemajak. Setiap awal bulan sila buat bayaran kepada mudir bil api (SR150/sebulan) dan air (RM50/bulan).
  7. Yuran selenggara kemudahan awam sebanyak RM30 sebulan
  8. Hormati dan sentiasa mengukir senyuman kepada pengunjung yang lain. Senyuman adalah ibadah. Keharmonian menginap di apartmen ini hendaklah sentiasa diutamakan.
  9. Sentiasa memaafkan kekhilafan dan kesilapan orang lain. Sifat memaaf adalah salah satu sifat Rasulullah yang terpuji.
  10. Rajin bersedekah dan membantu sesama penghuni yang lain.
  11. Sekiranya diminta untuk membantu mudir atau mereka yang memerlukan bantuan,, maka bantulah mereka. Semoga Allah mengampuni, merahmati dan memberi ganjaran yang tinggi kepada kita semua.

Kadar Sumbangan

  • Sumbangan Tahunan bagi yang berminat untuk memajak setahun adalah seperti berikut:
    • RM8,500
    • Api dan air sebanyak RM100-RM200 sebulan. Mudir akan minta terus dari pemajak.
    • Yuran selenggara RM30 sebulan. Sekiranya berlaku kerosakan besar, mudir akan memohon sumbangan tambahan.

Sila buat bayaran ke akaun Pertubuhan Kebajikan Darul Ziarah Selangorl CIMB Bank No 8604294623 Ref: B4 setelah mendapat pengesahan pajakan. Sila wasap slip bayaran deposit kepada admin. Kaedah kredit QR Code atau bank in terus dibolehkan.

QR RWM CIMB

Semoga kehadiran tuan puan di Tanah Suci Madinah Al Mukaramah mendapat keberkatan dari Allah SWT.