RWM 4.0

Syukur Alhamdulillah, Rumah Wakaf Madinah 4.0 ini sedang dalam pengubahsuaian dari bilik-bilik kuliah menjadi bilik menginap. Terletak di daerah Al-Mughaisilah, 1.9 km di selatan Masjid Nabi, perjalanan mengambil masa hanya 30 minit berjalan kaki atau 10 min menaiki kenderaan. Sesuai untuk senaman pagi berjalan kaki ke Masjidil Haram Nabawiyah.

Sebahagian dari kerja-kerja perpindahan yang sedang giat dilakukan oleh asnaf-asnaf kita dan para tetamu RWM. Syabas dan jutaan terima kasih diucapkan pada yang terlibat.

Lokasi RWM4.0

Penginapan Percuma

Bagi urusan tempahan katil-katil di RWM4.0, sila klik disini.

Pajakan Setahun

Bagi ahli-ahli pertubuhan, orang perseorangan serta badan korporat dipelawa untuk memajak bilik-bilik keluarga RWM4.0 selama setahun dengan menghubungi melalui aplikasi What’s App ke +60133513200 (Setiausaha – Tuan Hj A Kadir Hj Ismail).

Dari Haram ke Rumah Wakaf Madinah 4.0 Al Mughaisilah

Jutaan terima kasih kepada Ustaz Akmal Fitri menyediakan video perjalanan dari Masjid Nabawi ke rumah wakaf ini dan video terkini dirumah wakaf.

Perjalanan jalan kaki sejauh hampir 1,900m mengikuti jalan utama bagi memudahkan para tetamu menyelusuri Jalan Al Salam dan Jalan Putera Abdulmajeed bin Raja Abdulaziz sambil menikmati keindahan sekeliling yang amat unik dan kedai-kedai untuk membeli belah.

Syabas kepada ustaz atas usaha yang murni ini.

Wajah Rumah Wakaf

Madinah terkini 26/12/2025

Kini dengan hasil sumbangan ahli-ahli dan orang ramai, hampir lengkaplah bilik-bilik untuk tetamu menginap di kompleks ini.

Plan Tapak Aras 1

Bilik Muslimin 1 & 2 (warna biru cair) dikhaskan untuk muslimin manakala Bilik Muslimat 1&2 (warna ungu) dikhaskan untuk muslimat. Tempahan online akan dibuka tidak lama lagi. Bagi yang datang berkeluarga, disediakan bilik khas untuk keluarga. Syarat-syarat layak menginap, sama seperti sebelum ini iaitu ahli rumah wakaf atau asnaf.

Sumbangan Kelengkapan Dalaman

Apartmen wakaf ini mempunyai 10 bilik, 6 bilik air dan dua dapur. Empat bilik disediakan untuk muslimin dan juga muslimat dari kalangan asnaf. Dua bilik untuk mudir dan pembantunya, dan 4 bilik lagi bakal disewakan untuk jangka panjang. Tiada ruang tamu khas disediakan, hanya meja makan di dapur utk berjumpa dan berbincang selain menjamu selera. Para tetamu digalakkan memasak sendiri menggunakan semua peralatan memasak dan bahan makanan mentah yang disediakan oleh mudir. Satu dapur untuk muslimin dan satu lagi untuk muslimah.

Kami masih lagi membuka tabung sumbangan untuk pembelian pelbagai peralatan-peralatan yang kurang di setiap bilik untuk keluarga dan tetamu di rumah wakaf ini. Kos menyediakan peralatan perabot asas seperti katil, almari, meja makan, ruang tamu dan lain-lain adalah dianggarkan sebanyak SAR10,000 (RM11,000) untuk kesemua bilik-bilik tersebut.

KENDERAAN ULANG ALIK KE MASJID

RWM juga bercadang memiliki sebuah minivan 10-seater bagi kemudahan ke masjid, ziarah, mengangkut tetamu dari lapangan terbang atau stesen keretapi ke rumah wakaf. Kos pembelian minivan ini adalah sekitar SAR90,000. Caj pengangkutan minima SAR 1 seorang sehala akan dikenakan kepada tetamu berulang alik ke Masjid Nabawi bagi menampung kos minyak, pemandu dan selenggaraan kenderaan yang dianggarkan SAR4,500 sebulan. Untuk makluman, harga minyak Saudi RON95 kini SAR2.17 seliter lebih 9 sen dari Malaysia.

Ahli-ahli dan orang ramai juga boleh berinfak dengan klik link di bawah ini bagi penyediaan dalaman dan peralatan apartmen wakaf dan pembelian van tersebut. Sasaran kutipan adalah sebanyak SAR110,000

BANTUAN DAN SOKONGAN BERTERUSAN AHLI-AHLI DAN ORANG RAMAI

Ahli-ahli pertubuhan, orang perseorangan serta badan korporat dipelawa untuk memohon, menyumbang dan menggunakan rumah-rumah wakaf ni dengan menyatakan keinginan untuk memajak apartmen yang dicadangkan atau menghubungi melalui aplikasi What’s App ke +60 166663437 (Pengerusi – Tuan Muhammad Nurul Anuar).

Bagi ahli-ahli pertubuhan dan orang perseorangan yang berminat untuk membantu pertubuhan mendapatkan penyumbang juga dialu-alukan dengan menghubungi melalui aplikasi Whats App ke +60133513200 (Setiausaha – Tuan Haji A Kadir Hj Ismail).

Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi +60133513200 (Setiausaha – Tuan Haji A Kadir Hj Ismail).