Kedudukan apartmen ini dengan jarak sekitar 1,100 m di sebelah tenggara Masjid Nabawi dalam daerah Qurban. Perjalanan ke masjid hanya mengambil masa 20 minit dengan berjalan kaki. Kadar sewa teksi adalah SR5-SR10 mengikut waktu tertentu. Terdapat banyak kedai makan dan kedai runcit di sepanjang Jalan Ali bin Abu Talib menuju ke Masjid Nabawi.
Kadar Sewa
- Sewa Bulanan adalah seperti berikut:
- RM1,200 (SR1,000/4-katil/bulan dengan berkongsi bilik air
- Manakala kadar harga harian adalah
- RM90 (SR70)/4-katil/malam dengan berkongsi bilik air dan
- Sepanjang bulan pembukaan Oktober ini harga promosi untuk semua bilik adalah RM60(SAR50)/mlm sahaja
- Ramadhan RM320(SR270)/malam
Kadar sewa bilik sepanjang bulan Ramadhan dan Haji adalah 3 kali ganda dari harga diatas. Bagi yang membuat pajakan setahun, tiada kenaikan harga bilik pada Ramadhan dan bulan Haji.
Pelan Lantai
Terma-Terma dan Syarat-Syarat Penginapan
- Apartmen ini terbuka kepada warga Malaysia dan rumpun Melayu serta negara-negara Islam yang lain.
- Pengunjung Apartmen diminta menjaga adab dan tatasusila sebagai tetamu Allah.
- Sentiasa menjaga kebersihan bilik, tempat umum seperti dapur, ruang tamu dan bilik air. Bagaimana keadaan bilik sebelum masuk begitu jugalah keadaan bilik selepas keluar.
- ‘Check-out’ adalah selepas Zohor dan ‘check-in’ selepas Asar.
- Sebelum daftar keluar, pastikan bilik kemas serta bersih dan sampah terutamanya sampah makanan dibuang keluar. Wang deposit tidak dikembalikan sekiranya mudir tidak berpuas hati dengan keadaan bilik yang tidak bersih.
- Pengunjung dibenarkan memasak di apartmen ini. Kelengkapan asas memasak disediakan.
- Sentiasa menjaga kebersihan dapur untuk kegunaan tetamu lain selepas memasak dan makan. Sila basuh semua peralatan memasak, pinggan mangkuk, cawan dll selepas digunakan, Sekiranya sabun atau span habis, sila beli sendiri atau maklum kepada mudir yang menjaga.
- Hormati dan sentiasa mengukir senyuman kepada pengunjung yang lain. Senyuman adalah ibadah. Keharmonian menginap di Apartmen Wakaf hendaklah sentiasa diutamakan.
- Sentiasa memaafkan kekhilafan dan kesilapan orang lain. Sifat memaaf adalah salah satu sifat Rasulullah yang terpuji.
- Rajin bersedekah dan membantu sesama pengunjung yang lain. Wujudnya apartmen ini juga adalah hasil sumbangan ahli-ahli pertubuhan untuk kemudahan pengunjung semua.
- Sekiranya diminta untuk membantu pengunjung yang lain, maka bantulah mereka. Semoga Allah mengampuni, merahmati dan memberi ganjaran yang tinggi kepada kita semua.
- Sila komen dan upload gambar-gambar tuan puan di www.fb.com/diyziarah sebagai sokongan tuan puan kepada apartmen ini. Kami mengalu-alukan sebarang cadangan dan penambahbaikan.
Kaedah Tempahan
Sila baca dan fahami kaedah menempah langkah demi langkah sebelum membuat tempahan.
Langkah 1: Pilih tarikh masuk dan tarik keluar di halaman menempah dengan mengelik pada kotak tarikh seperti dibawah. Kotak akan berwarna biru cair.
Langkah 2: Klik pada jumlah tetamu 1,2,3,4 maksimum hanya 4 dewasa atau 4 kanak-kanak sahaja kerana setiap bilik hanya ada 4 katil. Kalau ada anak kecil, tak perlu daftar sekiranya keseluruhan 4 katil telah dipenuhi. Tempahan tidak dapat diteruskan sekiranya jumlah tempahan melebihi 4 katil.
Langkah 3: Baca Ringkasan tempahan, kalau salah, ubah dahulu sebelum menekan ‘NEXT PAGE’
Langkah 4: Isi maklumat peribadi di semua halaman dan tekan ‘BOOK NOW’
Langkah 5 & 6: Semua maklumat tempahan hendaklah di screenshot dan klik I agree sebelum menekan butang ‘RETURN’.
Langkah 7 : Klik pada ‘wasap’ untuk menghantar screenshot kepada Admin untuk mengesahkan tempahan dan kemudian link bayaran akan diberikan kepada penempah untuk membuat bayaran.
sila klik pada tarikh di kalender tempahan di bawah dan mengisi maklumat peribadi anda beserta nombor talipon dan alamat rumah.
Bilik 101
ID | Booking Date | Calendar | Status |
---|
Selepas membuat tempahan, sila screenshot maklumat tempahan dan wasap kepada pengurusan hotel untuk pengesahan dengan kadar segera.
Sekiranya tiada kalender menempah, sila wasap kepada admin untuk refresh page ini. Kadang kala sistem glitch yang memerlukan admin refresh semula halaman ini.
Sila buat bayaran deposit RM80 ke akaun Bigpay Hj A Kadir Hj Ismail setelah mendapat pengesahan tempahan. Kaedah kedit QR Code atau bank in terus dibolehkan.
Semoga kehadiran tuan puan di Tanah Suci Madinah Al Mukaramah mendapat keberkatan dari Allah SWT