Sejak kerajaan Arab Saudi mempromosikan negara mereka sebagai destinasi pelancongan di Timur Tengah, kemudahan visa pelancong disediakan untuk rakyat Malaysia ke negara tersebut.
Kini rakyat Malaysia dibenar berada lebih lama sehingga 90 hari di negara ini dan dalam masa tersebut pelbagai destinasi disediakan oleh syarikat-syarikat perlancongan untuk tujuan tersebut.
RWM mengorak langkah proaktif dengan menyediakan kemudahan penginapan tanpa iqamah bagi rakyat Malaysia yang mahukan tinggal lebih lama di Madinah.
Bagaimanakah caranya?
- Anda perlu ada:
- Paspot Malaysia dengan tarikh luput melebihi 12 bulan dari cadangan tarikh menetap di Madinah.
- Visa Bisnes Kos sekitar RM2,000 seorang.
- Akaun bank Malaysia yang aktif bagi urusan bayaran dan lain-lain perbelanjaan di Saudi. Minima RM2,000 sebulan sara diri di Madinah adalah memadai.
- Kos untuk keluar setiap 90 hari ke Mesir, Jordan atau mana-mana negara besebelahan dengan Arab Saudi. Anggaran kos termasuk kapalterbang RM2,500 x 4 kali = RM10,000
- Kos menyewa bilik di RWM Serviced Apartment maksima RM 17,000 setahun.
Keseluruhan kos adalah RM RM52,000 seorang atau berdua, sekitar RM60,000.
Visa bisnes membenarkan kita bebas keluar dan masuk negara ini setiap 90 hari berbanding visa pelancong yang hanya membenarkan keluar masuk tetapi tidak melebihi 90 hari sahaja. Dengan kerjasama kami dan Rumah Wakaf Mekah Ar Rauhah, visa bisnes boleh dimiliki oleh rakyat Malaysia tanpa perlu memiliki syarikat. Silalah berhubung dengan Hajah Rosmah di talian +601170767043 bagi mendapatkan visa bisnes tersebut.
Alamilah pengalaman menetap di Madinah dan merasai keberkatannya sendiri. Semoga Allah SWT mengabulkan segala doa anda dan menjadi sebahagian dari komuniti Malaysia di Madinah.
Untuk sebarang pertanyaan, hubungi saya Hj A Kadir Hj Ismail di talian +6013 352 3200