Keahlian

Keahlian pertubuhan adalah terbuka kepada semua warganegara Malaysia beragama Islam. Keahlian terbahagi kepada lima kategori iaitu Ahli Biasa, Ahli Bersekutu, Ahli Kehormat, Ahli Seumur Hidup dan Ahli Remaja.

Ahli-ahli yang berminat untuk mendapatkan email khas peribadi sebagai contoh, kadir@diyziarah.site bolehlah memohon dengan menyumbang sebanyak RM5 bagi setiap alamat email.

Ahli Biasa

  • Kewarganegaraan : Malaysia
  • Umur Minima : 18 tahun
  • Negeri tempat tinggal ahli : Selangor
  • Keturunan : Melayu
  • Jantina : Lelaki dan Perempuan
  • Agama : Islam

Ahli Bersekutu – Terbuka kepada mereka yang tidak memenuhi kriteria ahli biasa

Ahli Kehormat

Terdiri daripada mereka yang berjasa kepada masyarakat dan boleh memberi sumbangan signifikan kepada pertubuhan. Mereka ditentukan oleh Jawatankuasa dan terkecuali dari pembayaran yuran.

Ahli Seumur Hidup – Terbuka kepada Ahli Biasa dan yang membayar yuran sekali gus sebanyak RM50.

Ahli Remaja

Terbuka kepada mereka yang berumur 18 tahun ke bawah. Mereka perlu mendapatkan surat kebenaran bertulis daripada ibu bapa atau penjaga yang sah. Mereka tidak boleh mengundi atau memegang jawatan dalam Pertubuhan.

Yuran

  • Yuran Proses Pendaftaran (Yuran Masuk) adalah sebanyak RM10.00 dan di bayar hanya sekali sahaja selepas menghantar Borang Keahlian secara online. Wang ini tidak dikembalikan.
  • Setelah mendapat kelulusan keahlian, email akan dikirim kepada pemohon bagi urusan pembayaran pendaftaran.
  • Sumbangan tambahan RM5 bagi yang ingin mendapatkan alamat email peribadi nama@diyziarah.site
  • Yuran Tahunan Keahlian hendaklah dibayar mengikut kategori-ketegori yang ditetapkan seperti berikut:

Sila klik link ini untuk ke Sistem Maklumat Keahlian (SMK). Setelah memasuki webpage SMK, Tekan Dashboard di sebelah atas kiri bagi mendapatkan menu Daftar Ahli terlebih dahulu yang berada di sebelah atas kanan halaman tersebut.

DAFTAR AHLI

Setelah mendaftar sebagai pengguna SMK barulah pergi ke

LOG MASUK

dan seterusnya menekan MENU Profil Diri di atas kanan skrin untuk mengisi maklumat peribadi. Isi maklumat nama, No Kad Pengenalan, Alamat Surat Menyurat, Warganegara, Tarikh Lahir, Negeri, No Telefon, E-mail dan Jenis Keahlian. Tekan butang SIMPAN untuk ke halaman berikutnya.

SMK masih diperingkat percubaan, oleh yang demikian tuan puan diminta bersabar dan selalu menyalurkan pandangan dan penambahbaikan sekiranya menghadapi apa jua masalah untuk mengekses sistem ini, di Whats App Tetamu DIY KRWM

Sekiranya belum meyertai forum berkenaan, boleh melakukan sekarang di SINI.

Yuran Proses Pendaftaran (Yuran Masuk) tidak dikembalikan. Email kepada ahli@diyziarah.site setelah deposit dikreditkan.

No akaun pertubuhan adalah seperti berikut:

Pertubuhan Kebajikan Darul Ziarah Selangor CIMB Bank Bhd. No akaun 8604294623

Admin akan berhubung dengan tuan puan yang telah memohon menjadi ahli. Sila klik di SMK atau Wasap kepada Admin sekiranya ingin mengetahui status keahlian selepas 14 hari dari tarikh permohonan di buat.