Halaman Utama

Selamat datang ke laman Kompleks Rumah Wakaf Madinah.

Kompleks Rumah Wakaf Madinah (Kompleks Wakaf Malaysia Madinah) telah beroperasi sejak 12 Februari lalu bermula dengan pembukaan satu apartmen (2 bilik, 1 bilik air, dan 1 ruang dapur) dan kini keseluruhan apartmen di Aras Tiga dibuka untuk kemudahan ahli-ahli menempah dan golongan asnaf menikmati dengan percuma. Kini ketiga-tiga apartmen sudah boleh digunakan, dan kami mengalu-alukan sumbangan anda untuk melengkapkan perkakasan bilik di rumah wakaf.

Tempahan Bilik

Tempahan penginapan sehingga Oktober 2024 telah dibuka. Sila lakukan tempahan anda sekarang. Wajib hubungi Mudir Hj Syam +601158900410 untuk semua tempahan setelah tempahan online dibuat.

Pajakan Setahun

Terdapat dua kekosongan apartmen dua bilik untuk dipajak terus selama setahun. Hanya SR18,000 (RM23,400) setahun atau SR23,000 (RM29,900) setahun lengkap peralatan. Pajaklah selama setahun untuk kegunaan keluarga, saudara mara dan sahabat handai apabila berada di Madinah. Visa Pelancung kini membenarkan kehadiran tuan puan di bumi haram ini selama 90 hari. Sila hubungi Pengerusi atau Setiausaha untuk pajakan apartmen ini.

Daftar Keahlian

Daftarlah sebagai ahli Pertubuhan Kebajikan Darul Ziarah sekarang. Sila klik borang untuk menikmati penginapan percuma di rumah wakaf dan peluang melabur serendah RM100 di kota suci Rasulullah SAW ini.

Sumbangan & Pelaburan

Sumbangan dan pelaburan anda akan digunakan bagi tujuan penambahbaikan perkakasan dan kemudahan di Rumah Wakaf Madinah.

Sumbangan terkumpul sehingga kini adalah RM23,200 (90% dari sasaran RM25,750 untuk pembelian peralatan bilik-bilik wakaf. Teruskan menyumbang!)


Galeri Rumah Wakaf Madinah
Kedudukan Rumah Wakaf Madinah

Peta dibawah menunjukkan kedudukan KRWM di bumi Madinah. Mungkin agak jauh bagi yang berkeluarga untuk berjalan. Kemudahan awam seperti kereta sewa ke masjid hanya SR10 sahaja untuk 4 orang.

Pajakan Apartmen bagi tujuan wakaf

Kompleks ini juga mempelawa orang ramai yang berminat memajak apartmen-apartmen untuk dijadikan homestay bajet bagi menampung permintaan yang tinggi sepanjang tahun bagi jemaah umrah dan haji nanti. Sila hubungi Pengerusi atau Setiausaha untuk pajakan apartmen ini.

Hotel Budget

Hotel Bajet ini telah dibuka sejak 2hb Ogos 2023 bersamaan 15 Muharram 1445H. Sila buat tempahan bilik dan pelaburan hotel budget secara online di sini.

Ahli juga boleh hubungi terus Tuan Hj Salahuddin (Pengurus Bajet Hotel Sahra Al-Madan dan Hotel Bajet Lulut Al-Saeed) di talian +966 53 731 7602 bagi urusan harga bilik dan tempahan. Beliau berasal dari Bangladesh dan boleh berbahasa Inggeris, Arab dan Urdu. Sekiranya ahli-ahli kekurangan bajet, mohonlah pengurangan kos sewaan dari beliau, Inn Shaa Allah beliau sedia membantu.

Pihak pengurusan memohon doa dari ahli-ahli dan para tetamu Allah serta rakyat Malaysia agar Allah mengurniakan apartmen lain sekitar daerah Al Jumuah pada masa akan datang.

Inn Shaa Allah, kami akan terus berusaha mendapatkan tempat-tempat sewaan sekitar rumah wakaf bagi memenuhi permintaan para tetamu Allah ke Madinah.

Kompleks Rumah Wakaf Madinah

Syukur Alhamdulillah, kompleks ini telah pun beroperasi sepenuhnya.

Hanya tinggal 2 unit dari 6 unit apartmen dua bilik ini akan dibuka untuk sewaan jangka panjang kepada mana-mana individu dan syarikat yang berminat untuk dijadikan homestay bagi pengunjung-pengujung Malaysia dan dunia Islam yang lain.

Bagi urusan tempahan bilik-bilik di KRWM1.0, sila klik disini.

Ahli-ahli pertubuhan, orang perseorangan serta badan korporat dipelawa untuk memajak apartmen ni pada harga SR18,000 setahun (kosong) atau SR28,000 (fully furnished) dengan menghubungi melalui aplikasi What’s App ke +60166663437 (Pengerusi – Tuan Muhammad Nurul Anuar).

Dari Haram ke Kompleks Rumah Wakaf, Usayfirin

Jutaan terima kasih kepada Ustaz Akmal Fitri menyediakan video perjalanan dari Masjid Nabawi ke kompleks ini dan video terkini dirumah wakaf.

Perjalanan jalan kaki sejauh hampir 2km mengikuti jalan utama bagi memudahkan para tetamu menyelusuri Jalan Al Salam dan Jalan Putera Abdulmajeed bin Raja Abdulaziz sambil menikmati keindahan sekeliling yang amat unik dan kedai-kedai untuk membeli belah.

Syabas kepada ustaz atas usaha yang murni ini.

Wajah Kompleks Wakaf Malaysia Madinah terkini 26/5/2024

Kini dengan hasil sumbangan ahli-ahli dan orang ramai, hampir lengkaplah bilik-bilik untuk tetamu menginap di kompleks ini.

Lokasi

Bangunan ini terletak di daerah Al-Usayfirin kira-kira 1,700 m arah barat daya dari Masjid Nabawi. Kedudukannya di Persimpangan Jalan Al-Amir Abdulmajeed bin Abdulaziz dan Muawiyah Ibn Yazid memudahkan para tetamu mengekses kompleks ini dengan kenderaan awam atau persendirian.

Plan Tapak Aras 3

Apartmen Wakaf I (warna biru cair) dikhaskan untuk muslimin dan tetamu berkeluarga manakala Apartmen Wakaf II (warna merah jambu) dikhaskan untuk muslimat dan tetamu berkeluarga juga. Tempahan online kini talah dibuka. Syarat-syarat layak menginap, sama seperti sebelum ini iaitu ahli rumah wakaf atau asnaf.

Plan Aras Satu

Sumbangan Kelengkapan Dalaman

Apartmen wakaf dua bilik ini mempunyai keluasan lantai antara 670kps – 770kps. Tiada ruang tamu, hanya sofa disediakan di Bilik Wakaf II, sebuah bilik air dan ruang dapur untuk memasak. Kos menyediakan peralatan perabot asas seperti katil, almari, meja makan, ruang tamu dan lain-lain adalah dianggarkan sebanyak SAR20,600 (RM27,750) untuk sebuah apartmen wakaf tersebut.

Kami masih lagi membuka tabung sumbangan untuk pembelian peralatan-peralatan di setiap bilik tetamu di kompleks wakaf ini.

KENDERAAN ULANG ALIK KE MASJID

RWM juga bercadang memiliki sebuah minivan 10-seater bagi kemudahan ke masjid, ziarah, mengangkut tetamu dari lapangan terbang atau stesen keretapi ke rumah wakaf. Kos pembelian minivan ini adalah sekitar SAR90,000. Caj pengangkutan minima SAR 1 seorang sehala akan dikenakan kepada tetamu berulang alik ke Masjid Nabawi bagi menampung kos minyak, pemandu dan selenggaraan kenderaan yang dianggarkan SAR4,500 sebulan. Untuk makluman, harga minyak Saudi RON95 kini SAR2.17 seliter lebih 9 sen dari Malaysia.

Ahli-ahli dan orang ramai juga boleh berinfak dengan klik link di bawah ini bagi penyediaan dalaman dan peralatan apartmen wakaf dan pembelian van tersebut. Sasaran kutipan adalah sebanyak SAR110,000

BANTUAN DAN SOKONGAN BERTERUSAN AHLI-AHLI DAN ORANG RAMAI

Ahli-ahli pertubuhan, orang perseorangan serta badan korporat dipelawa untuk memohon, menyumbang dan menggunakan rumah-rumah wakaf ni dengan menyatakan keinginan untuk memajak apartmen yang dicadangkan atau menghubungi melalui aplikasi What’s App ke +60 166663437 (Pengerusi – Tuan Muhammad Nurul Anuar).

Bagi ahli-ahli pertubuhan dan orang perseorangan yang berminat untuk membantu pertubuhan mendapatkan penyumbang juga dialu-alukan dengan menghubungi melalui aplikasi Whats App ke +601158574571 (Setiausaha – Tuan Haji A Kadir Hj Ismail).

Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi +601158574571 (Setiausaha – Tuan Haji A Kadir Hj Ismail).

Pelaburan Hotel Bajet di Madinah

Klik pada gambar untuk melabur

Syukur Alhamdulillah, MNA Green Tech Sdn Bhd (MNA) dan MK Charity Group dari Bangladesh, telah memajak dua buah bangunan milik Yayasan Ismail di Al-Masani dan Qurban masing-masing 700m dan 1500m dari Masjid Nabawi. Kini jumlah hotel bajet telah bertambah kepada 3 bangunan.

Hotel bajet Al Masani mempunyai 86 bilik manakala di Qurban sebanyak 40 bilik. Setiap bilik mengandungi 5 katil.

MNA telah bersetuju memberi peluang kepada PKDZS untuk terlibat sama secara tidak langsung dalam perniagaan ini. PKDZS menawarkan kepada ahli-ahli sebanyak 3,500 unit nota terbitan dengan setiap satu RM100 sahaja. Nota Terbitan ini boleh ditebus semula dengan memaklumkan kepada pertubuhan, dengan itu ianya boleh dilanggan semula kepada ahli-ahli yang lain. Inn Shaa Allah jangkaan pulangan pelaburan dari hotel bajet ini adalah sebanyak 10% hingga 15% setahun dan dibayar pada setiap bulan Safar tahun berikutnya. Kiraan pro-rata keuntungan bagi ahli-ahli yang melabur kurang dari setahun.

Bagi ahli-ahli yang berminat untuk mendapatkan nota terbitan ini bolehlah memohon secara online dengan mengisi borang yang disediakan di link di bawah ini,

Sila klik di sini, BORANG PERMOHONAN NOTA TERBITAN PELABURAN

Sila hubungi Tuan Hj A Kadir +6011 5857 4571 untuk mengetahui skim pelaburan hotel bajet ini dengan lebih lanjut.

Setelah mengisi maklumat permohonan, sila deposit ke akaun pertubuhan dengan menekan gambar di bawah ini.

Nota Terbitan Pelaburan Rumah Wakaf Madinah akan dikeluarkan kepada ahli-ahli yang melanggan untuk simpanan dan tebus semula. Bagi ahli yang ingin mendapatkan sijil sebenar, caj RM10 dikenakan bagi setiap sijil yang dikeluarkan.

Layari Tempahan Bilik-Bilik – Rumah Wakaf Madinah (diyziarah.site)

Bagi ahli-ahli pertubuhan dan orang perseorangan yang berminat untuk membantu pertubuhan mendapatkan penyumbang juga dialu-alukan dengan mengisi borang yang sama atau menghubungi melalui aplikasi Whats App ke +60 11-58574571 (Setiausaha Kehormat PKDZS).

Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi melalui aplikasi What’s App ke +60 11-58574571 (Setiausaha Kehormat PKDZS).

Keahlian

Keahlian pertubuhan adalah terbuka kepada semua warganegara Malaysia beragama Islam. Keahlian terbahagi kepada lima kategori iaitu Ahli Biasa, Ahli Bersekutu, Ahli Kehormat, Ahli Seumur Hidup dan Ahli Remaja.

Ahli-ahli yang berminat untuk mendapatkan email khas peribadi sebagai contoh, kadir@diyziarah.site bolehlah memohon dengan menyumbang sebanyak RM5 bagi setiap alamat email.

Ahli Biasa

  • Kewarganegaraan : Malaysia
  • Umur Minima : 18 tahun
  • Negeri tempat tinggal ahli : Selangor
  • Keturunan : Melayu
  • Jantina : Lelaki dan Perempuan
  • Agama : Islam

Ahli Bersekutu – Terbuka kepada mereka yang tidak memenuhi kriteria ahli biasa

Ahli Kehormat

Terdiri daripada mereka yang berjasa kepada masyarakat dan boleh memberi sumbangan signifikan kepada pertubuhan. Mereka ditentukan oleh Jawatankuasa dan terkecuali dari pembayaran yuran.

Ahli Seumur Hidup – Terbuka kepada Ahli Biasa yang membayar yuran sekali gus sebanyak RM50.

Ahli Remaja

Terbuka kepada mereka yang berumur 18 tahun ke bawah. Mereka perlu mendapatkan surat kebenaran bertulis daripada ibu bapa atau penjaga yang sah. Mereka tidak boleh mengundi atau memegang jawatan dalam Pertubuhan.

Yuran

  • Yuran Proses Pendaftaran (Yuran Masuk) adalah sebanyak RM10.00 dan di bayar hanya sekali sahaja selepas menghantar Borang Keahlian secara online. Wang ini tidak dikembalikan.
  • Setelah mendapat kelulusan keahlian, email akan dikirim kepada pemohon bagi urusan pembayaran pendaftaran.
  • Sumbangan tambahan RM5 bagi yang ingin mendapatkan alamat email peribadi nama@diyziarah.site
  • Yuran Tahunan Keahlian hendaklah dibayar mengikut kategori-ketegori yang ditetapkan seperti berikut:

Sila klik link ini untuk ke Borang Permohonan Keahlian (Google Form). Walaupun borang ini mensasarkan permohonan nota terbitan, sila klik pada butang MASIH BELUM dan tekan butang NEXT untuk ke halaman Permohonan Borang Keahlian Pertubuhan. Sekiranya menghadapi masalah untuk mengekses borang ini, sila wasap kepada Admin untuk mendaftar melalaui aplikasi What’s App.

Isi maklumat nama, No Kad Pengenalan, Alamat Surat Menyurat, Warganegara, Tarikh Lahir, Negeri, No Telefon, E-mail dan Jenis Keahlian. Tekan butang NEXT untuk ke halaman berikutnya.

Yuran Proses Pendaftaran (Yuran Masuk) tidak dikembalikan. Email kepada ahli@diyziarah.site setelah deposit dikreditkan.

No akaun pertubuhan adalah seperti berikut:

Pertubuhan Kebajikan Darul Ziarah Selangor CIMB Bank Bhd. No akaun 8604294623

Admin akan berhubung dengan tuan puan yang telah memohon menjadi ahli. Wasap kepada Admin sekiranya ingin mengetahui status keahlian selepas 14 hari dari tarikh permohonan di buat.

Hubungi Kami

Sila hubungi Setiausaha Pertubuhan, Tuan Haji A Kadir Haji Ismail hari ini bagi mengetahui lebih lanjut mengenai aktiviti Rumah Waqaf Darul Ziarah dan bagaimana untuk bersama-sama menjayakannya.

No Tel: +6011 5857 4571 atau Muhammad Syamsudin +60 11-5890 0410 atau E-mail: pkdzs2020@gmail.com

Borang Pertanyaan
Please enter your email, so we can follow up with you.
Lanjutan apabila kita klik dari Tajuk Utama, apakah sub tajuk Contoh: Selepas klik Tempahan Bilik Sub Tajuk: Kaedah booking online, Pengesahan booking, Bayaran deposit